Thursday, November 12, 2009

Asalnya dia...


Asalnya perempuan itu bukan dari tapak kaki utk dijadikan alas dan dipijak2
bukan juga asalnya dari kepala utk d junjung dan d sanjung

Asalnya dia dari tulang rusuk [yang bengkok]
dekat dengan tulang belakang utk menjadi penyokong
dekat dengan hati utk disayangi dan dicintai...

Saturday, September 5, 2009

keriangan Ramadhan: TOI 09


d Masjid Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar

dalam kepayahan ada kelapangan..begitulah sahabatku menggunakan masa

air d cincang x kan putus..bersama transfer air =)

Burroq [nama team] terhebat!!

singgah Dhuha d Masjid Tronoh

Assalamualaikum wbt
Salam pertengahan Ramadhan...

Alhamdulillah semalam dapat gak join Tresure of Iman [TOI] organized by Ramadhan Discovery Rakan Masjjid
mlm sblm toi saya seakan2 berputus asa x dpt join sbb dh puas berusaha cari kereta
esok pagi lps tadarus, terasa ngantuk..apo laie katil menunggu saje.haha..
tgh2 lena tetibe sahabat baik ku Luqman [Timb Pres RM] kejut cakap ad dapat kete
tanpa melengah tuala terus d gapai utk bersiap
masa tu pulok 8.50am, perasmian pukul 9.00am..huhu
terkenang kisah Hanzalah ketika menerima seruan JIHAD!
Allahu Rabbi..

Pengalaman yg sangat2 menarik!
saya as Driver, Hakimi as co-Pilot, Muhammad [roomate] dan Luqman as penjawab soalan n think tanker duduk d seat belakng
memang riuh rendah dalam kete 2 dr awal smapai abes maen..
Ukhwah yg indah dirasai..
Terima Kaseh wahai sahabat =)

Overall Toi kali ni lebih menarik dr tahun lepas
soalan2 nya yg mencabar betol2 menguji kita ttg nilai2 Ramadhan
games yg d susun d setiap check point juga best2 belaka
cuma yg kurang tahun ni may b sebab jarak perjalann yg x jauh mcm thn lepas
may b sbb isu H1N1
tahun ni UTP->Bukit Keledang->Bota->UTP
tahun lepas: xingat..huhu tapi sampai ke Parit gak la

apa2 pun, tahniah utk TOI dan RD
terutama kpd Afiq [head TOI] dan Yazid [PM RD]
serta dgn batilion2 TOI dan RD yg lain
antum mmg dh buat habes baik..Good Job!! =)

malam ni closing RD kat LH1 lps teraweh 8
sume2 datang k

p/s: megharap dpt hadiah malam ni..huhu

Monday, August 31, 2009

MERDEKAlah Tanah Air Ku!!


PERUTUSAN KHAS PRESIDEN PAS SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-52

Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-52 Kemerdekaan Negara, bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) suka saya mengulangi bahawa pemimpin-pemimpin ulung PAS adalah golongan yang pertama melibatkan diri dengan perjuangan kemerdekaan negara ini.

Mereka menjadi mangsa kezaliman di zaman penjajah. Ketika itu, banyak di kalangan pemimpin negara kita (Umno) bersekongkol dengan penjajah menjadi pegawai-pegawai mereka.

Namun kita tidak menyerah kalah. Kita adalah yang pertama memperjuangkan kemerdekaan (yang) merupakan mata rantai perjuangan sejak kedatangan Islam yang membawa kemerdekaan sebenar.

Kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW ialah pembebasan manusia daripada mengabdikan diri kepada makhluk kepada hanya mengabdikan diri kepada Allah SWT. Itulah makna kemerdekaan yang sebenar.

Oleh kerana itu, Nabi kita Muhamad SAW dalam perjuangannya yang pertama menentang jahiliah Arab. Bukan jahiliah bangsa lain sehingga berjihrah ke Madinah mendirikan Negara Islam.

Sebuah Negara yang berlandaskan kepada pengabdian diri kepada Allah Ta'ala yang membawa keadilan mutlak kepada seluruh manusia.

Bukan sahaja kepada penganut Islam bahkan, juga kepada penganut-penganut agama lain yang bernaung di bawah pemerintahan Islam. Selepas itu, Nabi kita Muhamad SAW datang ke Mekah untuk membebaskan Mekah daripada kuasa jahiliah.

Pembebasan Mekah bukan kerana dijajah oleh penjajah asing Rom dan Parsi. Tetapi dijajah oleh jahiliah Arab dari kalangan kaum keluarga Nabi SAW. Sehingga Mekah dibebaskan dan itulah kemerdekaan sebenar.

Dan 'obor' kemerdekaan inilah yang dibawa oleh Rubi'e bin Amer kepada Rostum iaitu panglima tentera Parsi dengan kenyataan Rub'ie yang terkenal.

Kata Rubi'e, "Kami mengajak sesiapa yang mahu kepada satu gagasan dasar dan konsep daripada mengabdikan diri kepada manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah. Daripada kezaliman ajaran pelbagai-bagai agama, teori dan pendekatan ciptaan manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah SWT. Daripada dunia yang sempit kepada wawasan dunia sehingga hari akhirat".

Itulah kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW. Kemerdekaan inilah yang didokong oleh perjuangan Islam termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Kita menentang penjajah asing bukan kerana nama asingnya. Tetapi kerana mereka membawa satu fahaman yang mengabdikan diri kepada makhluk dan bukan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita halau mereka bukan kerana nama dia asing tetapi kerana mereka membawa suatu ajaran sesat yang menyeleweng dari petunjuk Allah SWT.

Walau pun, negara kita telah dikatakan mencapai kemerdekaan sejak 52 tahun tetapi warisan penjajah masih lagi wujud. Bertapak dan berakal umbi di dalam masyarakat kita.

Oleh kerana itu, kita menganggap isu perjuangan kemerdekaan belum lagi selesai.

PAS akan terus berjuang untuk membawa kemerdekaan yang sebenarnya. Iaitu membebaskan diri manusia dari mengabdikan diri sesama manusia, sama ada berbentuk ideologi, teori dan sebagainya atau pun kepimpinan yang berlagak mengadakan peraturan sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah SWT.

Untuk mengajak mereka membebaskan diri daripada itu semua kepada Islam yang membawa kepada kemerdekaan yang sebenar dan itulah dasar serta konsep kemerdekaan yang kita bawa selama ini.

Sekian, Wassalam

Sunday, August 30, 2009

Uzlah Sebentar


Baiti Jannati

Assalamualaikum wbt
Salam Ramadhan..

Sekarang ni saya baru dlm 2jam sampai bilik dari perjalann dr Melaka ke UTP
travel dgn public transport utk destinasi jauh seakan2 sudah tarbiah dr Allah Taala
tambahan dlm bulan Ramadhan ni
memang dr kecik form1-5, bus merupakan transport utama nk berulang alaik dr Pekan ke Klang

tapi travel balik umah ni terasa betul2 meletihkan
tiba d Melaka subuh Sabtu n return back 2 UTP ahad lps Maghrib
Biar pun kejap..yg kejap itulah bermakna
doakan juga ia diberkati kerana niat yg 1 utk Ziarah Mak Abah dan kakak2 ku kat kampung

Beruzlah seketika dr kekacauan kampus
assigment, Quiz, tutorial, Lab Report, Group discussion dan test
rutin2 mahasiswa yang seakan2 hampir membosankn hidup tambahan d zaman pertengahan alam kampus

opps!! jangan cepat melatah wahai diri
dengan semangat AYUH BERUBAH! kau pasti perlu hadapi tekanan dan ujian ini
insya Allah x lama..

Pulang ke rumah memang menyeronokkan
aku pasti menjumpai jiwaku yang 'dulu' tiap kali balik ke rumah
arsenal..peterpan..band2..TV..sms x henti2..melihat masyarakat..dan buat sumthing yg d rasakan cool
memang Best!

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan: Pesta PAhala Temasya Ibadah


bulan tarbiah..bulan alQuran..bulan JIHAD!

Assalamualaikum wbt
Salam Ramadhan..

"Wahai orang-orang yang beriman! telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagi mana telah diwajibkan keatas orang sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa"
al-Baqarah: 183

Selawat dan salam kepada junjunagn mulia Nabi Muhammad saw, yg menjadi suri tauladan terbaik buat sekalian manusia

lambat kiranya posting topik Ramadhan ni
byk gak isu2 yg terlepas spt pemergian tokoh Nasyid, Ustaz Asri Ibrahim..al-Fatehah
moga kita terus tegar dlm Jalan ini.

sekadar menyalin semula kalam2 nasihat dr Hujjatul Islam, al-Imam al-Ghazali r.a
dlm kitabnya Bidayatul Hidayah..menarik buku ini utk d baca oleh semua golongan
sebagai pedoman kita melakukan aktiviti2 harian..dr bangun tidur sampai nk tido blk

ADAB2 PUASA pg 107-109

Dan janganlah engkau menganggap puasa itu hanya meninggalkan makan, minum dan jimak sahaja tetapi puasa itu lebih luas depd itu. Sabda Rasulullah saw:
'Berapa banyak orang yg berpuasa, yg tidak m'peroleh drpd puasanya itu selain drpd lapar dan dahaga.' [riwayat Ahmad]

Maka kesempurnaan puasa itu bahawa engkau menjaga seluruh anggotamu drpd m'buat sesuatu yg d benci Allah Taala. maka engkau mesti menjaga mata drpd melihat p'kara yg dharamkan, memelihara lidah drpd bercakap perkara tidak berfaedahdan menjaga telinga drpd m'dengar perkara2 dharamkan mendengar krn org yg mendengar (org yg mengumpat) adalah sama dosanya dan hukumnya dgn org yg mengumpat itu.

Begitu pula hendaklah engkau menjaga seluruh anggotamu spt kamu menjaga perut dan kemaluanmu. Sabda Rasulullah saw:
" 5 perkara yg membatalkan (pahala) puasa itu, iaitu berbohong, mengumpat, membuat fitnah, melihat (perempuan yg bukan mahram) dengan syahwat dan sumpah palsu." [riwayat adDilami]

Sabda Rasullullah lagi:
" Hanyasanya puasa itu perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa maka jangan ia bercakap yg tidak baik [spt b'cakap perkara2 lucah] dan jangan ia membuat maksiat dan jangan bertindak spt orang jahil. Oleh krn itu apabila ada orang lain cuba memusuhinya atau memakinta maka hendaklah ia berkata [d dalam hati jiwa puasa sunat, dgn mulut jika puasa wajib] : Bahawasanya aku ini berpuasa." [riwayat Bukhari]

Monday, August 10, 2009

Isu Arak d Negeriku..Selangor Darul EHSAN


http://n32.blogspot.com/
Pendirian PAS Selangor berhubung isu jual-beli arak di Selangor

PAS Selangor mahukan isu kontroversial melibatkan kawalan penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Melayu/Islam di negeri Selangor ini tidak dieksploitasi atau diputar-belitkan oleh mana-mana pihak samada individu atau mereka yang mewakili pertubuhan termasuklah pihak Umno dan Barisan Nasional.

Dalam hal ini melalui satu Mesyuarat Khas Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Ahad lepas, PAS Selangor telah menyambut baik segala maklum balas dan pandangan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak khasnya dari kalangan masyarakat Melayu/ Islam di negeri ini berhubung isu tersebut. PAS merakamkan ucapan ribuan terima kasih serta sangat menghargai segala bentuk sokongan dan galakkan serta pandangan yang positif yang telah mereka tunjukkan itu yang mencerminkan keprihatinan rakyat terhadap isu ini.

Dalam pada itu PAS menegaskan bahawa ia tidak pernah menyarankan kepada ahli-ahlinya untuk menganjurkan sebarang “road show” bersama dengan Umno/BN kerana PAS Selangor yakin yang ia memiliki kekuatan sendiri untuk membawa dan mempertahankan isu ini.

Melalui Mesyuarat Khas itu, PAS Selangor telah mengkaji dan menilai semula segala tindakan-tindakan yang telah diambil oleh parti berhubung isu ini dan menegaskan bahawa ia akan terus konsisten dengan tuntutannya agar segala jenis minuman arak yang diharamkan penjualan dan pembeliannya melalui Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor tidak lagi dijual di kawasan majoriti penduduk Melayu/Islam di negeri ini.

Harus ditegaskan bahawa tuntutan itu bukannya ke arah “total ban” atau larangan menyeluruh ke atas penjualannya seluruh Selangor tetapi sebaliknya hanya di kawasan majoriti Melayu/Islam sahaja demi membentuk sebuah masyarakat yang sihat dari gejala buruk akibat peminuman arak ini.

PAS Selangor juga ingin menegaskan bahawa ia tidak pernah sekali-kali menuntut agar YB EXCO Kerajaan Tempatan Selangor Tuan Ronnie Liu digugurkan dari barisan EXCO kerajaan negeri. Sebaliknya apa yang dituntut adalah perubahan jawatan itu dari penyandangnya kepada YAB Dato’ Menteri Besar sendiri atau mana-mana EXCO lain yang Menteri Besar fikirkan sesuai.

Selain itu PAS Selangor kini sedang meneliti cadangan yang diberikan oleh YAB Menteri Besar berhubung kawalan kendiri atau “self regulation” terhadap penjualan arak ini dan memohon agar Menteri Besar memberikan penerangan lanjut berhubung kaedah kawalan beliau itu beserta mekanismanya. Jika dalam tempoh sebulan ini kaedah tersebut didapati gagal atau tidak berjaya maka PAS Selangor akan mengemukakan cadangan-cadangan yang difikirkannya wajar untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah ini.

10 Ogos 2009

YB DATO’ DR HASAN MOHD ALI
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor

Tuesday, August 4, 2009

Konsert Antara Dunia ~gamis


Tuan Guru Nik Aziz hadir merasmikan konsert

bersama Din Paiman dan Zainul

persembahan penutup dr semua kumpulan

Maha Suci Allah Taala yg menciptakan Islam sbg agama dan cara hidup yg sempurna sesuai dgn sifat manusia
Selawat dan Salam kpd Junjungan Mulia Nabi Muhammad saw yg mengajarkan Islam kpd kita bkn hanya sekadar sembahyang, puasa, haji dan nikah kahwin


Dah lama saya teringin ke konsert PeterPan. Dah lama saya teringin nk ke konsert Hujan..
Merasai kehangatan suasana, menyanyi bersama2 artis, melompat dan terkinja2 bersama audience yg datang
Alhamdulillah..Allah taala gagalkan semua rancangan saya

Allahamdulillah x putus2..bila Allah Taala takdirkan saya pergi ke Konsert Antara Dunia
konsert NASYID anjuran gamis. Tahniah buat gamis kerana mampu mengajurkan event yg sehebat ini. konsert ni d adakn pad Sabtu lepas d Stadium Melawati Shah Alam

Saya dapat rasai apa yg saya nk rasai..
Saya dapat menyanyi bersama2 artis dr bawah
Saya dapat merasakan kehangatan dari semua penonton
saya juga dapat melompat sorai bersama kroni2 yg lain
yg lebih manis, saya dapat menangis menghayati bibit2 lirik nasyid dan syair yg didendangkan bersama sahabat2 yg lain
mmg cool

Konsert ni menampilkan 'otai2' band nasyid Malaysia dan Indonesia
Raihan: walaupun kelibat Nazrey Johani sudah tiada, tapi Raihan tetap tampil dgn aura nya yg tersendiri yg cukup2 hebat
Hijjaz: Suara Sdr Munif Ahmad mmg unik..sedap habis. tambahan plak dgn delagat ahli2nya yg lain yg selalu berjenaka
Rabbani: penganjur bersama utk konsert ini..Suara Ust Asri memang lantang..sedap! ahlinya yg ramai menjadikan gaya mereka sepadu bila d lakukan bersma2
Soutul Harakah: kumpulan nasyid dari Indonesia. walupun sudah berusia tapi Semangat JIHAD dlm diri mereka dapat dirasai oleh semua penonton..hingga kami anak2 muda melompat bersemanagt mendengar lagu2 mereka

Dah lama sy nk datang ke konsert ni..dh d plan sejak cuti sem lps lagi.
kebetulan cuti H1N1 ni..xsaya lepaskan peluang ni
Tujuan asal sy pergi ke konsert ni adlah utk tgk bagaimana Gamis mengendalikan konsert
kot2 ada benda yg saya boleh bawa dan aplikasi dalam event2 RM selepas ni
terutama Heart 4 Islam dan Kembara Sufi yg Insya Allah akan d adakan semester Jan010 nnti
Subhanallah..saya dapat lebih dr ap yg sy nak
berkoyan2 benda baru yg saya nampak..

Konsert ini mmg betol2 konsert..
bkn sekadar Nasyid, sajak, pentomin, teater, pantun
semua ini menceriakan suasana
Membayangkan ianya terjadi di UTP...
Cooming soon insya Allah

Sunday, August 2, 2009

H1N1: panik!


si cilik mangsa keadaan..cutenya bertopeng muka.hehe

babi: makluk istimewa..berguna dari hujung rambut sampai hujung kaki

bukan graf garis lurus

"Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar) : ArRum:41

Alhamdulillah ketika ni saya dah seharian dirumah..UTP ditutup seminggu gara2 virus selesema babi H1N1..mana satu yg betol daa..H1N1 ke selsema babi..?ah, sama je
Kementerian Penerangan suruh guna selsema babi supaya sume org paham
Kementerian Kesihatan plak soh trus guna Influenza A:H1N1
biarlah mereka 'bolok' sesama mereka..bermain dgn istilah
sama dgn mereka memainkan istilah 'Golongan ulama' , 'Golongan Profesiaonal', 'puak Erdogan' dlm mengapi2kan kesatuaan pihak lawan ketika musim muktamarnya
akhirnya mereka juga yg berkelahi dengan 'isltilah'
xpe la..yg penting kita sedia maklum selsema babi [nk sebut pn segan] =H1N1[nk sebut pun susah]

Keadaan kat kampus semacam x tenang spt dulu. Panik! bila uitm perak d tutup, banyak la dgr ura2 utp pn akan d tutup..tambahan plak kematian 6 orang setakat ni, 1000 lbh yg positive dan beribu2 lg yg d kuarantin semestinya menimpulkan keadaan panik! tp Alhamdulillah UTP masih lagi tiada mangsa dan tiada yg positive wabak ni dlm laporan rasmi.
cuti seminggu..beri ruang utk catch up lecture 2 minggu pertama, dan preview lecture2 mendatang.mudah-mudahan..

Jumaat 31Julai lepas pengunguman Tn Hj Mohamed Noor kat masjid sblm khutbah, keadaan jadi kelam kabut sket..sume sibuk cari kenderaan utk balik ke kampung. Saya pn x terkecuali. Tiket ke KL HABIS utk hari tu..di Tmn Maju, D Medan Gopeng, keretapi kat Batu gajah pn sold out gak. terpaksa lah ambil juga tiket hari sabtu 1 Ogos..layan je la asalkan ad tiket

Kasihan tgk kawan2 lain..yg nk ke Terengganu pn habis. yg ada hanya utk sabtu malam..ad yg sanggup amek tiket KL pastu cari plak tiket Tganu kat KL nnti. kwn2 kelantan pn lbh krg gitu gak keadaannya. x kira lagi kawan2 dr seberang laut Sabah Serawak..mcm mn agaknya diorg nk book tiket n nk ke klia..hem..

mungkin ad hikmah saya blk lewat sehari. teringat plak 1Ogos ada Demonstarasi aman [tp jd x aman sbb polis saje buat 'bolok'..jahat2]
semangat m'buak2 nk g tapi x jadi sbb kawan2 yg blk skali ke KL tu bawa byk barang [aku pn mcm 2 gak..haha] susah plak nk lari2 kene kejar dgn SB2 dan FRU2 nnti. xpasal2 plak x dpt blk UTP nnti
xdpt g pun xpe la..pakai baju hitam pn jadilah tunjuk semangat [terpaksa pakai baju MU hitam walaupun x sokong MU]

semestinya ad HIKMAH Allah Taala mengadakan virus bahaya yg mudah merebak ni.. dgn HIV AIDS yg masih lagi tiada penawar, dulu penyakit2 SARS, bird flu, sakit kuku tangan dan mulut, Denggi yg makin menjadi2..ditambah pula dgn selesema babi ni..
semua ni kerana tangan2 manusia!kita! benarlah firman Allah Taala dlm ayat di atas tadi.
Allahu Rabbi..moga kita sedar ni sume teguran dan ancaman drpd Allah Taala sekiranya kita x laksanakan perintahnya dan dgn selamba kita melakukan laranganNya

Pelek jika kita x ambil musibah ini sebagai pengajaran,
Rugilah kita jika kita x terasa ni merupakan kafarah dosa dr Allah Taala
Rugilah kita jika kita x ambil kesempatan ni utk lebih menghampirkan diri kita pada Allah Taala
Sesungguhnya Allah Taala sentiasa merindukan rintihan hamba2Nya
Allah Rabbi..
Maha Suci Engkau Ya Allah..

Friday, July 31, 2009

Jahannam UMNO ! Kasar ?

http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/07/jahannam-umno-kasar.html

1. Islam agama rahmah . Berkembang dan berdaulat dengan ketinggian akhlak dan nilai keperibadian tinggi para pejuangnya . Membawa kebenaran tanpa gentar , meredah ranjau tanpa gusar dan mendepani musuh tanpa risau .

2. Namun pejuang Islam sering menjadi mangsa musuh yang bukan sahaja tidak tahu masa dan waktu untuk menyerang bahkan tidak pernah mengenal mangsa untuk dibelasah .

3. Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz sebagai contoh adalah antara pejuang Islam tanahair yang sering dibelasah oleh UMNO dan BN . Bermula beliau sebagai Pesuruhjaya biasa memimpin PAS Kelantan sehinggalah beliau kini 19 tahun menjadi Pesuruhjaya merangkap Menteri Besar .

4. Reputasinya tidak sudah - sudah diperlekeh dan dipersenda oleh musuh . Kepimpinannya dipersenda dan keperibadiannya dipertikai . Kerajaannya ditekan dan dianiaya . Lebih malang keluarganya juga dizalimi . Anak kesayangannya dipenjara selama 6 tahun untuk memberi tekanan psikologi kepadanya .

5. Usahlah saya lakarkan betapa derita dan sengsaranya Tuan Guru menempuh perjalanan sebagai seorang pejuang demi memartabatkan Islam di atas tanahair ini . Ia diuji dari awal hingga ke penghujung jalan .

6. Sepanjang tempoh itu , Tuan Guru Nik Abdul Aziz mampu bertahan dan menyerap segala tekanan yang dibebankan ke atasnya . Ia mampu menyimpan segala rekod kedukaan bersama garis wajah yang semakin menampakkan usia . Namun jiwanya kental , fikirannya beraqal dan hatinya cekal . Ini membuatkan musuh seperti kehilangan aqal , bagaimana lagi mahu menjatuhkan reputasi beliau sekurang - kurangnya mempalit lumpur diwajah bersihnya.

7. Sesekali Tuan Guru berpeluang membalas serangan yang dihalakan kepadanya bertubi arus . Sesekali dibalas dan dikilas , kelihatan UMNO dan BN mengelumpur kesakitan tidak terperi lantaran bisa serangan biarpun hanya sesekali . Terkini Tuan Guru melepaskan seni "flying kick"nya yang disebut sebagai "jahannam" dan tepat mengenai sasaran .

8. UMNO dan BN jelas merasai bisa yang mula menjalar akibat flying kick tersebut . Lalu mereka mengerahkan seluruh tenaga yang masih bersisa untuk menyerang balas tanpa berkira dan berlengah . saya senyum sendiri , rupanya masih berbisa tendangan Tuan Guru biarpun tenaga dan kudrat kian dimamah usia .

9. Mulanya umum menganggap Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak wajar memberi tendangan itu . Sebagai Tok Guru mestilah bersopan . Ulama' kerajaan seperti Harussani tentu tidak pernah merasai penderitaan teruk sebagaimana yang dialami oleh Tuan Guru . Justeru itu mereka tidak boleh menerima kenyataan Tuan Guru sanggup berkata demikian . Benar ! siapa yang tidak pernah dizalimi adalah tidak dibenarkan berkata kesat dan kasar . Kerana tiada sebab untuk berbuat demikian . Berbeza mereka yang dizalimi . Firman Allah swt :

Ù„َا ÙŠُØ­ِبُّ اللَّÙ‡ُ الْجَÙ‡ْرَ بِالسُّوءِ Ù…ِÙ†َ الْÙ‚َÙˆْÙ„ِ Ø¥ِÙ„َّا Ù…َÙ†ْ ظُÙ„ِÙ…َ ÙˆَÙƒَانَ اللَّÙ‡ُ سَÙ…ِيعًا عَÙ„ِيمًا


Allah swt sememangnya tidak suka perkataan yang buruk dilafazkan secara jelas kecuali mereka yang dizalimi dan adalah Allah swt Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui .


10. Tuan Guru seorang yang dizalimi . Seluruh media UMNO dan BN sejak dulu menyerang beliau , sementara beliau tidak mempunyai media secukupnya untuk menjawab . Kerajaan pusat tekan dan tindas kerajaan pimpinannya sedang beliau tidak mampu untuk menindas kerajaan pusat . UMNO penjarakan anaknya selama 6 tahun tanpa pernah dibuktikan sebarang kesalahan di mahkamah , sedang beliau tidak mampu untuk memenjarakan anak - anak pimpinan UMNO biarpun untuk 6 minit . Maka apa yang mampu Tuan Guru kata ialah Jahannam UMNO !

Wednesday, July 29, 2009

Bintang d Surga ~PeterpaN~


Masihku merasa ANGKUH
terbangkan anganku jauh
langitkan menagkapku walauku terjatuh

Dan bila semua tercipta
hanya utk ku merasakan semua yg tercipta
hampa hidup terasa..

Lelah tetapku mencari hati utk ku membagi
menemani langkahku namun x berarti

dan Bila semua tercipta
tanpa harusku merasakan cinta yang tersisa
hampa hidup terasa...

Bagai bintang d surga dan seluruh warna
dan KASIH yg setia dan cahaya nyata
Oh bintang d surga berikan cerita
dan KASIH yg setia dan cahaya nyata

Sunday, July 26, 2009

Kawen Awal..?

Jodoh di tangan Tuhan. Demikian kata-kata masyhur masyarakat Melayu disegenap lapisan masyarakatnya, tua atau muda, kaya atau miskin, yang telah berkahwin atau belum. Bagi sesetengah mahasiswa/i, Allah mentakdirkan mereka berkahwin sesama mereka ketika masih di menara gading, tempatan atau di luar negara, dalam usia yang masih muda. Saya dan isteri melangsungkan perkahwinan sebelum menyambut ulangtahun ke 20 di Australia dalam tahun 1985.

Syukur alhamdulillah, setelah 22 tahun berlalu, kerukunan rumahtangga masih utuh dan mahligai yang dibina mekar dari hari ke sehari, tahun demi tahun. Bagi mereka yang bakal atau sedang melayari kehidupan rumahtangga semasa masih menuntut, di luar negara pula beberapa petua kami nukilkan di sini, semoga bermenfaat buat semua sambil berkongsi pahala dalam membina rumahtangga:

1- Ikhlaskan niat berkahwin semata-mata kerana Allah, RasulNya, hari Akhirat dan berjuang di JalanNya. Walau berlalu masa berdekad, mengingati Niat yang tulus dari masa ke semasa ini memberi kekuatan dan ketenteraman dalam mengurus keluarga dan menentu hala tuju hidup anak-anak.

2- Sentiasa ingat bahawa cinta datangnya dari hati manusia, sedang hati pula adalah milik Allah swt. Kita tidak dapat mencintai seseorang melainkan jika ALlah kehendakki. Oleh itu sentiasa kita berdoa semoga Allah mengurniakan kita cinta kasih kepadaNya dan RasulNya, kemudian kepada isteri dan anak-anak.

3- Sentiasa meletakkan diri ingin belajar tentang kehidupan. Ini termasuk ingin mengenali labih lagi tabiat diri kita sebagai seorang suami, tabiat isteri kita sebagai seorang wanita yang sudah tentunya banyak perbezaan dengan diri kita, dunia kehidupan berumahtangga yang hampir merupakan satu organisasi yang diikat dengan kasih sayang dan hormat menghormati, bukan syarikat yang diikat oleh harta dan wang gaji dan lain-lain lagi.

4- Hendaklah pasangan berkongsi visi dan misi, apa yang hendak dicapai atau dituju dalam melayari kehidupan bersama dan bagaimana nak mencapainya. Berapa banyak organisasi dan perjuangan yang ahlinya pecah berantakan lantaran masing-masing di luarnya nampak bertaut, tetapi di dalam diri masing-masing mempunyai kefahaman, keyakinan dan halatuju yang berbeza. Dalam hal ini, theqah dan taat dari isteri terhadap suami, halatuju dan perjuangannya selaku pemimpin keluarga amat penting. Dalam masa yang sama sikap tanggungjawab suami dan kasihnya kepada isteri dan anak-anak mesti mewarnai setiap sudut dan ruang rumah, hati dan jiwa mereka yang dibawah pimpinannya. Kata Hasan Al-Banna, “Hendaklah suami memastikan isterinya menghormati Fikrahnya”. Fikrah maknanya kefahaman, halatuju dan perjuangan.

5- Menghormati mertua dan saudara mara yang berkait darah dengan mereka. Berusaha merapatkan silaturrahim melalui sumbangan wang bulanan walau sedikit atau simbolik, ziarah menziarahi, berhubung dan bertanya khabar, mengaturkan majlis yang mengumpulkan saudara mara yang dekat atau jauh dan sebagainya. Perkahwinan bukan sahaja diantara dua mempelai, bahkan diantara dua keluarga dan sanak saudara.

6- Suami dan isteri bersepakat dalam menentukan masa depan anak-anak, pakaian, persekolahan, bidang pengajian dan jodoh, sepertimana mereka berdua bersepakat dalam budget mingguan, pembelian hartanah, pembahagian keutamaan dan sebagainya.

7- Meletakkan Tarbiyah Anak-anak sebagai keutamaan yang paling teratas di dalam program keluarga dan budget kewangan. Moga Allah merahmati sepasang suami isteri yang berpada hidup sederhana rumah dan kereta demi membayar yuran anak-anak yang mahal di sekolah-sekolah Islam swasta yang mempunyai sistem dan pendidik yang berkualiti.

http://idhamlim.blogspot.com/2009/07/tips-berkahwin-awal.html

Saturday, July 25, 2009

Bapak apa macam ni???

Bapa disyaki rogol anak 60 kali


TELUK INTAN: Seorang pelajar Tingkatan Dua membuat laporan polis mendakwa dirogol bapa kandungnya lebih 60 kali sejak November tahun lalu.

Mangsa berusia 14 tahun membuat laporan di Balai Polis Hutan Melintang dekat sini, jam 11.50 pagi kelmarin, selepas dinasihatkan oleh guru sekolahnya.

Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Superintendan Chan Kuang Yu, berkata polis menahan suspek berusia 50 tahun dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan.


"Mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan, jika sabit kesalahan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.


Chan berkata, dalam laporannya, mangsa yang juga anak kedua daripada enam beradik dan tinggal bersama keluarganya di Hutan Melintang, menceritakan perbuatan bapanya yang merogol mangsa sekurang-kurangnya dua kali seminggu kepada kakaknya.

Katanya, kakak mangsa yang terkejut dengan apa yang berlaku memberitahu perkara berkenaan kepada seorang guru.

Chan berkata, mangsa mengadu kali pertama dirogol di dalam rumah manakala selebihnya perbuatan itu dilakukan di luar rumah termasuk beberapa kali di dalam kebun kelapa sawit di kampungnya, kebiasaannya pada waktu malam.

Berintima'lah semampu mungkin...




Maha Suci Allah Taala dengan sifat2 kesempurnaanNya
menyusun atur kehidupan hambanya dgn Maha Cermat dan Hikmah
dia juga yg memilih hamba2Nya utk memelihara agamaNya yg suci
moga Allah Taala sentiasa menggolongkanku d kalangan itu

Selawat dan Salam buat kekasih abadi Rasulullah saw
dgn berkaki ayamnya baginda berhijrah ke Madinah, merasalah kita Iman dan Islam
Allahu Rabbi..insan paling mulia berkaki ayam utk agama Tuhannya...

teringat saya satu tamrin yg penah d hadiri..
berintima' bermaksud bukan sekadar menggabungkan diri..
bahkan MELEBURKAN diri ke dalam nya
itu perkataan yg lebih tepat!

Benarlah Allah Taala sentiasa menapis dan yg hanya terpilih sahaja layak utk mendokong agamanya
kisahnya banyak..
Isra dan Mikraj yg baru lepas juga merupakan dalilnya
bila mana Rasulullah menceritakannya kpd org ramai, ada d kalangan pengikut Nabi sendiri ragu2 dan berpaling dr Islam
ini adalah tapisan Allah Taala sbg persiapan utk Hijrah

sesudah hijrah ditapisnya lagi utk membezakan Muslimin dan munafiqin
dalam bebrapa siri peperangan, Perang Uhud misalnya
org2 munafiq berpaling tadah berpatah balik tidak mahu berperang d ketuai Abdullah bin Ubai
Nauzubillah..minta kita d jauhkan dr menjadi org2 munafiq

dalam bahasa yg sedikit kasar, Allah Taala akan membuang mereka2 yg menjadi tahi2 dlm perjuangan suci ini..
Allahu Rabbi. Jgn jadikan kami dr golongan itu...

Thursday, July 23, 2009

Introduction 2 RAKAN MASJID



JEMPUTAN KE INTRO TO RAKAN MASJID JULAI 2009..


Assalamualaikum w.b.t adalah dimaklumkan bahawa Rakan Masjid Sesi Julai 2009/2010 akn menjalankan Majlis Pengenalan Kepada Rakan Masjid sesi 2009/2010
insyaallah anda boleh mengenali Majlis Tertinggi dan Majlis Eksekutif Rakan Masjid untuk sesi 2009/2009.
Disamping itu anda semua boleh mengetahui Program2 yang akan dilaksanakan pada sesi 2009/2010 kali ini...


TARIKH : 24 JULAI 2009 ( JUMAAT )
MASA : 9.15 MALAM
TEMPAT : D2 (Pocket D)


insyaallah...makanan disediakan dan jualan Barang2 seperti Buku dan sebagainya boleh didapati di gerai yg dibuka di tempat majlis..

syukran...........

Tuesday, July 21, 2009

Antara michael jackson & Marwa al-Sharbini...


perginya seorang syahidah
mulianya hidupmu kerana mempertahankan syariat Tuhanmu..maafkan kami tidak ambil peduli!

fwd from my emel
moga menjadi iktibar dan keprihatinan bersama

Sedih. Miris. Itulah yang saya rasakan ketika melihat tayangan
pemakaman the King of Pop, Michael Jackson yang begitu gegap gempita di
televisi-televisi kita sepanjang hari kemarin. Beberapa stasiun tv
bahkan bela-belain menayangkan tayangan eksklusif langsung dari AS
acara penghormatan terakhir bagi si Raja Musik Pop sampai pagi ! Dan
entah berapa juta mata masyarakat Indonesia yang rela menahan kantuk
demi menyaksikan acara itu.

Saya sedih, bukan karena kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia.
Tapi saya sedih, karena pada saat yang sama, berlangsung pemakaman
seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah karena
mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini, seorang ibu satu anak yang
sedang mengandung tiga bulan, wafat akibat ditikam sebanyak 18 kali
oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan
anti-Muslim. Tapi berita ini, sama sekali tidak saya temukan di
televisi-televisi Indonesia, negara yang mayoritas penduduknya Muslim,
bahkan mungkin, tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang
menimpa Marwa.

Picture (Metafile)

Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa ke tempat
peristirahatannya yang terakhir, memang tidak sebanyak orang yang
menangisi kepergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan
superstar seperti MJ. Tapi kepergian Marwa adalah lambang jihad seorang
muslim. Marwa mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah
yang mematuhi ajaran agamanya meski untuk itu ia kehilangan nyawanya.

Marwa ditikam di ruang sidang kota Dresden, Jerman saat akan memberikan
kesaksian atas kasusnya. Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama
Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya karena ia mengenakan
jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang
Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di
persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam
Marwa
berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah
terkena tembakan kaparat keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja
menembak suami Marwa yang kini dalam kondisi kritis di rumah sakit
Dresden.



Picture (Metafile)

Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin
dari pemberitaan media massa asing dunia karena yang menjadi korban
adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam
dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeda jika yang menjadi
korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh
seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.

Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita kemarin cuma dijejali dengan
pemberitaan seputar pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu.
Tak ada berita pemakaman syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat
sebutan “Pahlwan Jilbab”. Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya.
Tak ada tangis kaum muslimin dunia untuknya. Tapi tak mengapa Marwa …
karena engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya.
Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku,
maafkan kami jika kurang peduli …

Monday, July 20, 2009

1001 kisah dari Isra' dan Mikraj


Masjidil Aqsa

Pelan Masjidil Haram dlm beberapa tahun mendatang

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkahi di sekelilingnya agar Kami perlihatkannya kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Seseungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat..Al-Isra':1

Selawat dan salam buat Insan Teristimewa Nabi Muhammad saw yg dipilih Allah Taala utk berjumpa direct dengan Nya..melampaui kehebatan Jibril a.s yg akan terbakar jika bersama2 dengan Rasulullah menghadap Allah Taala

Isra' ialah perjalanan yang menakjubkan di waktu malam bermula dr Masjidil Haram d Mekah ke Masjid Al-Aqsa d Baitul Maqdis.
Mikrak pula ialah perjalanan selepas melalui tujuh langit sehingga tempat yg tidak d ketahui oleh makhluk dan hakikatnya
sumber: fiqh Harakah 1

terlalu banyak ibrah atau pengajaran yg booleh kita ambil dr kisah mukjisat Nabi ini
dr bermacam2 golongan yg Allah Taala tontonkan 'live' kpd Nabi utk kita ambil pengajaran.
Kisah Bura' kenderaan tunggangan utk majlis gilang gemilang ini
dan lapaisan2 langit yg Rasulullah bertemu dengan Nabi2 yg terdahulu
hinggalah mendapat perintah menunaikan solat
rasanya kita bole baca yg lebih detail dalam kitab2 sirah dan juga kuliah isra mikraj yg byk dlm bulan ini

Antara sebab Allah Taala menejemput kekasihnya berjumpa denganNya adalah utk menggembirakan Rasulullah selepas pemergian 2 org yg sgt penting dlm hidupnya:
1) bapa saudara Nabi: Abu Thalib bin Abdul Muthalib
2) isteri pertama Nabi: Saidatina Khadijah bt Khuwailid (3 hari slps pemergian Abu Thalib)
tahun itu juga disebut Tahun Dukacita

Bagi memurnikan kejayaan dakwah dan tujuannya, pertolongan Allah Taala lebih penting dr segalanya. Walaupun sumbangan besar telah d berikan oleh 2 tokoh ini, namun tiada siapa yg boleh membuat alasan bahawa perjuangan ini berjaya adalah kerana adanya Si Polan auat Si Polan..tapi tidak bermakna pula kita harus melupakan sumbangan mereka

Siarah Nabi ini mengajar kita pula di zaman ini..
Kejayaan PAS nanti insya Allah, bukan kerana adanya Tuan Guru Nik Aziz Atau pun Tuan Guru Presiden Hj Hadi
tapi kerana Allah Taala sendiri sudah berjanji akan menangnya Islam

Begitu juga dengan Rakan Masjid..alhamdulillah penggal lepas kita telah membuka 1 dimensi baru untuk Rakan Masjid. Pimpinan lepas meninggalkan ia pada 1 'penanda aras' yg tinggi dan cukup baik. Kejayaannya hanyalah kerana pertolongan Allah Taala bukan kerana figure2 tertentu yg ada dalam organisasinya. Baik dr Presiden hinggalah ke pd ahli2 berdaftarnya.

Namun pun begitu, bukanlah beradab jika kita mengabaikan sumbangan, khidmat dan bakti mereka2 yg ikhlas dlm gerak kerja mulia ini. Selagi mereka ada seharusnya kita meraikan mereka dengan meletakkan mereka pada 1 tempat yg mulia.

Tidak kira pencapaian meraka pada satu2 penggal pimpinan telah memberi impak yg besar atau tidak, baik atupun tidak baik..mereka seharusnya dihormati
Husnuzzon dengan mereka yg mereka telah seikhlas mungkin menjadi mata2 rantai yg kuat untuk disambung oleh penggal pimpinan yg seterusnya

Moga Islam terus teguh d kampus

cuti berakhir..Semester BARU membuka tirai


pintu gerbang SHAH PEKAN terchenta..

ulu sepat terBAEK

pimpinan baru..kombinasi terbaik!

rumah baru d Melaka (kami darah Hang Jebat)

Maha Suci Allah Taala dgn sifat2 kesempurnaanNya
memperjalankan takdir manusia dengan penuh hikmah dan sebab musababnya

Selawat dan Salam kpd Junjungan Besar , Nabi Muhammad saw
kekuatan yg dpt d rasai oleh umatnya d mana2

Alhamdulillah..kembali menulis selepas 1 sem menyepi
kekangan masa yg mat terasa..kerja yg xpernah sudah..mohon pada Allah Taala supaya ia jd hujah d akhirat nanti

Cuti Semester Jan09..
dua perkataan mudah..seronok, BEST!

1) Rumah baru d Taman Rambia Utama, MELAKA
rezeki Allah taala beri pada keluarga saya utk bli rumah dekat2 dgn kampung d melaka
bunglo d taman perumahan
rumah nya besar selesa
tanahnya luas
saya jadi org kuat membersihkan rumah 2..mesin rumput, racun rumput, angkat barang, bli perabot baru
BEST2!

2) Muktamar PAS ke55
muktamar kali ni menarik sebab adanya pertandingan jawatan
alhamdulillah..pimpinan baru yg mantap telah terpilih
dpt juga sy hadir ke muktamar ni walaupun pd hari terakhir
2 perkataan utk muktamar
hebat, DASYAT!

3) OBS
ni paling cool..
mengajar saya byk benda
kerjasama, setia kawan, liberal, rukhsah dlm ibadah, kewajipan dakwah dlm keadaan 'real case'
2 perkataan utk obs: best, cool

4) kembali ke SHAH PEKAN
perjalanan yg x d rancang..sabtu gerak ahad balik semula ke klang
mmg penat tapi memamg berbaloi
pejumpaan 2 jam lps subuh bersama adik2 BADAR mmg betol2 menaik kn semangat sya utk terus berbakti utk sekolah
maga BADAR terus hidup d SHAH utk menghidupkan 'IKLIM DEENI' d sana

4) RESULT exam
kegirangan dlm cuti ni terbantut sket sbb result yg teruk setakat ni
tp jgn mudah putus asa..
setelah kamua siap mengerjakan sesuatu, maka teruskan dengan pkerjaan yg lain: kira2 maksud ayat ke7 surah al-insyirah

Moga Semester baru ni membuka lembaran baru dlm akademik saya terutamanya
dan tidak sesekali membuatkan saya melemahkan saya dlm gerak kerja dakwah
moga Allah Taala membantu

Thursday, April 9, 2009

"Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan"


Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak

Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:

Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah

Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat

Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal

Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas

Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar

Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri luar
Datuk Anifah Aman

A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)

Saturday, March 28, 2009

K A M I


fuh..lama x layan movie
tetibe jadi agak sekular lak blk umah ni..
dh lame teringin nk layan KAMI the movie..sblm2 ni layan series je
erm..cool cite dia as the series

tapi pikir2 balik..its the real world that remaja2 skrg hadapi
dadah, jenayah, family problem, internet, pergaulan bebas...
sbb semua ni mudah..back to the basic
'ISLAM is the way of LIFE =) '

Thursday, March 26, 2009

Perhimpunan Agung UMNO 2008








sayap2 baru UMNO [moga x patah krn rasuah!]











pengganti..[mcm nk xnak je pak lah peluk Najib..hehe]









kesinambungan perjuangan nasionalisme Melayu



Maha Suci Allah Taala dgn sifat2 kesempurnaannya
yg menggerakkan hati2 manusia utk berjuang d JalanNya atau pun dgn ideologi2 sempit sesempit had akal pemikiran manusia

Selawat dan Salam buat Junjungan tertinggi Rasulullah s.a.w
yg membawa sinar baru perjuangan di lapangan manusia dengan dakwah Islam

bermula 24 hingga 28 mac berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno 2008 di 'bangunan' mereka, PWTC
hari ni 26mac telah berlalunya pemilihan umno utk sesi 2008-2011
ketua2 pergerakan sayap parti [pemuda, wanita, puteri] telah diadakan pd 25mac
rata2 menyaksikan muka baru..dgn harapan membawa nafas baru pd parti yg kian rapuh

pemuda: Khairi jamaludin [ad kes rasuah pn bole menang]
wanita: Sharizat jalil [menang besar atasi Rafidah]
puteri: Rosnah rasyid [bukan Rosmah]

selamat maju jaya diucapkan..

permulaan persidangan ini nampaknya cantik
bacaan ayat2 suci alQuran disusuli bacaan doa [oleh ustaz umno]
bait2 doa itu cukup cantik..berkenaan amanah dan keberkatan majlis [moga Allah memperkenankan]
cuma ada perkara yg ana terkilan...
cara sambutan kemenangan calon2 ini dan exco2 pergerakan juga sgt2 memalukan
dgn tempek sorak, dan berteriakan disiarkan scr lansung ke TV [bgs gak tv buat gitu]
keadaan yg xterkawal ni mencerminkan kredibiliti mereka2 yg terlantik..dgn gaya lagak masing2 seolah2 menang pilihan raya parlimen plak

keadaan d luar dewan juga spt kucar kacir..penyokong2 calon2 seakan2 x mampu menerima kekalahan calon mereka
mukhriz mahathir [yg d harap mampu meneruskan deligasi ayahnya dan juga calon favorite] kalah mengejut kpd 2 lg calon..menang pula KJ yg dipalit isu politik wang sblm persidangan

terfikir sejenak perbezaan pemilihan umno dgn pemilihan parti2 lain
jika MIC dan MCA mungkin lebih dasyat [berbaling2 kerusi etc]
jika dibanding dgn PKR..[xpasti sebab mereka juga ada 'bekas2' umno]
jika PAS [mungkin byk bezanya..dgn berkopiah, berjubah dan bertudung labuh..laungan takbir boleh didengar d segenap ruang dewan pemilihan (umno dgn hidup melayu nya, pkr dgn reformasi nya)..]

pengunguman pucuk pimpinan parti lebih tenang drpd sayap2nya
semuanya menepati ramalan ana utk menang post masing2
presiden: Najib razak [menang free]
timb pres: Muhyidin yasin [org johor..ura2 naik jd tpm]
naib pres: Hisyamudin Hussein [asik nangis je]
Zaid Hamidi [org kuat Anwar dulu]
Safie Apdal [calon hot Sabah]

moga deligasi baru UMNO ni dpt memberi wajah baru kpd parti..moga2 'perubahan2' yg di gedegang kn dlm perbahasan dan ucapan2 dpt direalisasikan
biarlah mereka mendakwa mereka pembela org melayu..kita akui jasa besar umno dlm memerdekakan tanah air kita [terima kasih kpd umno]
kembali kpd ideologi asal parti mungkin dpt membentuk semula umno kpd perjuangan asal
tapi jika di inqilabiahkan [diubah scr toatal] ideologi parti kpd yg Allah suruh..insya Allah perjuangan mereka x akan tersasar

p/s: study ms cuti terganggu kerana menonton persidangan umno..isk3

Sunday, January 11, 2009

semangat DEMONSTRASI..PALESTINE bumi umat Islam

maha suci Allah yg menggerakkan hati manusia..
kearah kefasikan atau ketaqwaan
yg menjadikan makhlukNya pelbagai rupa dan pelbagai sifat..pasti ada asbabnya
ke'anjingan' jahudi adalah utk ditentang dan dilumatkan..

selawat dan salam utk junjunagn besar..Nabi Muhammad s.a.w
yg mengibarkan panji2 yg perlu disambung dan dijuangkan

9 Januari 09..tercatat sejarah di Kuala Lumpur perhimpunan aman rakyat malaysia mengecam kekejaman anjing yahudi
berpecah kpd 2 kumpulan besar
1) dari bangunan Tabung Haji ke kedutaan amerika
2)dari KLCC ke rumah duta mesir (3km)

Alhamdulillah..ana dan sahabat2 lain berkesempatan mengikut perarakan dr KLCC ke rumag kedutaan Mesir
dengan sarapan yg lbh2 krg, keadaan yg mengantuk sbb x ckup tdur mlm sblm 2, keletihan drive 3jam dr kampus, tambah plak dgn cuaca panas, jalan pn agak jauh..
tapi 2 sume bkn halangan..baru sikit je rintangan tu berbanding hujan peluru dan runtuhan bangunan saudara2 d Palestine sn
Allahu Rabbi..jauh benar pengertian jihad palestine dan malaysia

rata2 yg hadir adalah golongan mahasiswa..muslimin muslimat berganding tenaga
launagn takbir..hancur yahudi jahanam israel
hidup Islam, bangkit umat Islam
bersahut sahutan disegenap dan disepanjang 3km perjalanan
terima kasih kpd pihak polis yg mengawal lau lintas

ad 3 peristiwa yang menyentuh hati ana ketika demo ni:
1) tatkala bendera Israel dibakar, ana seakan hilang kewarasan..marah yg mat sangat pada anjing2 Yahudi..terbayang dimata saudara2 d sn dibunuh tanpa belas kasihan
2) tatkala doa di baca oleh wakil Palestine..hampir2 menitik air mata..membayangkan kesengsaraan penduduk d sana..terdenagr juga sedu sedan tangisan pendemo muslimat
3) tatkala sahabat ana Din Paiman mengetuai beberapa laungan.. terpancar semangat jihad dan ke ikhlasan utk berjuang

terasa indah perjuanagn ini bila berjumpa dgn sahabat2 PMI Um dan Maaruf club UIA yg kami beru berjumpa dlm sesi ziarah semster lps
moga kita kekal terus menerus d jalan ini

marilah sama2 kita doakan keselamatan saudara2 kita d Palestine..indahnya mati syahid
meraka sengsara..tp mereka beruntung krn dpt merasa nikmat perjuangan yg sebenar

al-fatehah

(kamera hamset ana rosak plak time ni..xdpt amek gamba)