Tuesday, December 30, 2008

perhimpunan aman Selamatkan Palestin




Bendera Palestine berkibar megah











aktivis arab sedang mengetuai laungan









Maha Suci Allah, Tuhan sekalian alam raya
yg mencaturkan perjuangan Islam dengan penentang2nya yg lagak seakan2 tuan empunya dunia

Selawat dan salam utk rasul junjungan, kerena risalah yang dibawanyalah kita kekal tetap utk meneruskannya..

Alhamdulillah..
hari ni ana sempat ke KL utk menyertai perhimpunan secara man utk mengutuk tindakan rejim zionis ke atas bumi palestin, yg dikatakan terburuk dan paling terkutuk sejak 1967
walaupun agak kelewatan dan hanya sempat bersama sahabat2 lain disana hanya dlm 45minit, tapi roh dan semangat jihad utk mempertahankan Islam amat dapat dirasai

rata2 yg hadir adalh mahasiswa2 sekitar lembah Klang
ada juga nmpak sahabat2 kampus ana dari jauh
kelihatan juga pemimpin2 utama PAS, JIM, ABIM dan NGO2 lain
xkira pandangan politik dan fahaman jamaah, nampaknya semua bersatu suara
inilah titik pertemuan antara percanggahan pemikiran yg ada..PALESTIN

laungan 'Allahu Akbar' 'Lailaha Illallah' 'Muhammad Rasulullah'
'hidup2 Islam' 'daulah2 Islamiah'
'hancur2 yahudi' ' jahanam2 zionis' 'jahaman2 amareka' (tiba2 dgr hancur2 umno..hehe)
dan juga doa wehdah
tak putus2 menggegarkan lalu lintas dan perkarangan Bangunan Tabung Haji

ada juga aktivis2 berbangsa arab..
lagi bersemangat dgn cara mereka

kelihatan bendera palestin dikibarkan
dan juga gamba2 tokoh hamas dijulang tinggi
rasa hibanya hati...
kita masih berseronok bergelak ketawa di sini
padahal saudar2 kita di sana sdg menangisi kematian demi kematian
Allahu Akbar... beginikah aku yg katakan ingin berjuang?

tak keluar Umar Al-Faruq dari Madinah, kecuali utk membuka Baitul Maqdis dengan penuh zuhud..
hebatnya semangat jihad Salahudin al-Ayubu dan tentera2nya dalam perang salib untuk membuka semula kota suci ini
ribuan sudah pun syahid...

ayuh sahabat2!!
infiru...

Sunday, December 28, 2008

salam Maal Hijrah 1430






logo Maal Hijrah..diulang saban tahun






tokoh Maal Hijrah 1430H



Maha suci Tuhan yang Maha menyusun atur pergerakan hambaNya mengikut kehendakNya yang tersendiri..
mengatur perjuangan islam dengan sebegini hebat..ada pasang surutnya..perjalanna perjuanagn yang tak pernah dihamparkan permaidani merah

Selawat dan salam keatas junjunagn mulia, Nabi Muhammad s.a.w, yang mencurah dan mengerahkan segala kudrat dan keringatnya hanya untuk meniup seruan Allah yang maha Agung ke hati2 manusia

salama maal hijrah 1430H

teringat sirah nabi, tatkala sampainya seruan hijrah ke yathrib
strategi hebat dicanang oleh insan yang hebat
beransur2 pergerakannya supaya tidak dikesan kafir laknat
penuh strategi yg hebat dimana Ali diminta menggantikan tempat tidur nabi

nabi diekori oleh pemuda2 arab yg gagah2 semata2 utk mendapatkan 100 ekor unta sbg ganjaran
dibantu pula oleh makhluk utusan Allah, merpati dan lebah bersarang
di sini terpahat dalil hebatnya ukhwah sahabat2 dgn Rasulullah..
'La Tahzan..Allah Maa'na'
Saidina Abu Bakar menahan kesakitan menahan bisa ular (ada yg mengatakan kala jengking)

antara Makkah dan Madinah
antara muhajirin dan Ansar
antara Islam dan jahiliah
antara penindasan dan kekuasaan
antara keikhlasan dan keduniaan
antara persahabatan dan permusuhan

khemah Ibadah 2008

ana wa aimanaan dan aiman
bersama kanak2 yg tembam2
khusyuk..semangat para peserta

Maha suci Tuhan Yang maha Hebat penciptaan Nya
menjadikan kita dari setitis air mani membesar mrnjadi kanak-kanak yang ligat ingin mengetahui
yang dlm lingkunagn umur itu sudah mampu memikirkan hakikat kejadian yang Maha Hebat

Selawat dan salam buat junjungan Teragung..insan Terhebat yang diciptakanNya

alhamdulillah..21- 25 disember lepas berlangsung dengan jayanya kehemah ibadah Musim Cuti Sekolah 2008 anjuran unit pentadbiran Masjid dan Rakan Masjid UTP
program pertama kali diadakan ini sungguh menggamit memori dan mamahat sejarah Rakan Masjid dan UTP sendiri

walaupun pada peringkat awal terdapat macam2 cubaan dan dugaan, ana yakin dan pasti dengan adanya hati2 yang ikhlas dikalangan ustaz2, staf2 UTP, AJK2 pelaksana, ibu bapa, mahupun peserta, program baik ini berjalan dengan lancar..tidak juga dinafikan masih ada kekurangan dan kelompongan yang perlu ditampung oleh 'mata2 rantai' akan datang.

memandang visi 'Membina Bi'ah Solehah' ynag menjadi slogan Rakan Masjid bukan hanya untuk dalam kampus, Rakan Masjid mengorak langkah menyemai benih Bi'ah Solehah di luar kampus selari dengan misi nasional yang dicanang utk penggal kali ini.

memori bersama adik2 comel amat2 menyentuh jiwa..kadang2 terketuk juga jiwa ini dengan pertanyaan2 mereka, lebih terasa jika dengan nasihat2 mereka..terima kasih adik2
kita sama2 belajar utk menggapai redha Allah Taala

tak lupa juga pengalaman bekerja bersama ajk2 yang penuh semangat..
moga segala usaha kita dari datang meeting, membuat keputusan, menaip surat, mengira duit, menyusun atur modul2, mengatur perjalanan majlis, design poster2, mencari penajaan, menguruskan pendaftaran, mencari barang2 logistik, mengacau air dan menyediakan makanan...
sama2 kita doa setaiap tetes peluh dan darah kita Allah pandang sebagai ibadah dan menjadi saksi pengorbanan m'perjuangkn agama Allah..

amin3 ya Rabb

Thursday, November 20, 2008

minyak turun lagi..tapi kita byr mahal lg..apa kes..?

Harga minyak menjunam bawah AS$50 setong


NEW YORK: Harga minyak mentah di pasaran dunia menjunam ke paras bawah AS$50 setong, sekali gus menyaksikan kemelesetan ekonomi dunia semakin meruncing.

Kontrak hadapan minyak mentah bermutu tinggi, “Light. Sweet’ bagi penghantaran Disember menurun AS$4 kepada AS$49.62 setong dalam dagangan elektronik New York Mercantile Exchange (Nymex) di Asia, petang semalam.

Ketika dagangan ditutup, penghantar kontrak Disember ditutup kepada AS$48.64 setong, paras sama pada Mei 2005.


Kontrok penghantaran tidak pernah di paras bawah AS$50 setong sejak 18 Januari 2007.

Kontrak New York turut memberi kepada pasaran minyak Brent North Sea untuk Januari di London.

Brent menjunam ke paras terendah AS$47.82 seting, turun AS$3.64 sebelum ditutup AS$48.08 setong.

Penganalisis berkata sentimen penurunan minyak mentah itu dipengaruhi dengan laporan mengenai tahap pengangguran di Amerika, pasaran terbesar dunia bagi bahan api. - AFP



Saturday, November 1, 2008

Surah Al- Insyirah

Maha Suci Tuhan yg Maha Memegang hati2 manusia
selawat dan slama kpd junjungan mulia Rasulullah s.a.w yg berjuang habis habisan utk membawa ayat2 Allah Taala

tatkala kekusutan, kekeliruan, masalah peribadi, akademik dan sebagainya
aku dihimpit tekanan yg pelbagai smpai rasakan ingin menjerit2
Astagrfirullah..lupanya aku akan Tuhan,pencipta diriku ini..yg jauh mengenali diriku Lebih dr aku mengenali diri aku sendiri

benarlah kata2 Allah dlm Kitab suciNya:
dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang

alhamdulillah
motivasi diri kembali hadir tatkala aku membelek2 juzuk a'mma utk test hafazan asasi Islam bersama ust Dawi
ditambah pula dgn 2 3 prog amal jamaei' yg aku hadiri dlm wekend ni yg menguatkn lagi semangat [berkereta dgn Akh Hakim..mmg best!]
Surah al- Insyirah selalu kita baca
afdal dibaca pd rakaat kedua dlm solat dhuha
rakaat pertama bc lah surah dhuha slps Al-Fatehah
solat dhuha fadhilatnya dilapangkan rezeki utk kita pd hari tersebut

jauh dr maqam diriku utk mentafsir ayat2 Al-Quran
cuma kita boleh ambil direct pengajaran dlm surah pendek ni
Allah memberi motivasi dan semangat kpd Nabi
ayat yg terkesan bila aku mebaca:

Maka bersama kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya dalam kkesulitan ada kemudahan, Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (utk urusan yg lain), Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap..al-Insyirah:5-8

moga kita sama2 semnagat dlm kerja dunia utk mengejar akhirat
demi Redha Allah Taala

Thursday, October 30, 2008

Keputusan PRK UTP

kereta bakal Presiden


"katakanlah, ya Allah, pemilik kekuasaan (kerajaan) alam buana ini, Engkau memberi kuasa kpd sesiapa yg Engkau kehendaki, Engkau merampas kekuassan itu dari sesiapa yg Engkau mahu. Engkau berkuasa memuliakan dan menghinakan sesipa yg Engkau kehendaki. di tangan Engkau (wahai Allah) segala kebaikan. sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu"
ali-Imran: 26

Segala puji-pujian yg x terhingga banyaknya kpd Allah Tuhan empunya dunia
selawat dan salam kpd kekasihNya Muhammad s.a.w

PRKampus UTP telah pn melabuhkna tirai pd lewat malam atupn awal pagi Khamis 30oktober
pimpinan baru utk MPP penggal hadapan telah pn diketahui
ternyata calon2 favourite menepati jangkaan
ternyata mereka2 yg buruk niatnya ditewaskan oleh Allah Taala
tapi perlu diingat, majoriti x semestinya penentu kebenaran
Maha Suci Allah, sebaik2 perancang adalah diriNya jua

Official Result SRCUTP General Constitution
1 - Hasmadi (#3): 1683
2 - Farouqi (#2): 1600
3 - Norzila (#5): 1535
4 - Nik Akmal Afif (#1): 1468
5 - Syuhada(#10): 1450

6 - Farriz Ijaz(#8) - 710
7- Sofia (#9) - 643
8 - Adonis (#4) - 499
9 - TPK(#11): 473
10 - Khalib(#7): 449
11 - Rahimah(#6): 423

takziah kpd mereka2 yg dipilih

Wednesday, October 29, 2008

siapa AYAH mereka..?

Maha Suci Tuhan yg menjadikan kita dr setitis air mani yg hina..

namun kita sering lupa sala usul kita..

just copy berita harian hari ni..
masalah sosial..kemana kesudahannya..?


Lebih 250,000 sijil kelahiran tanpa nama bapa


KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah mengeluarkan 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa dari 2000 hingga Julai lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata pendaftar tidak boleh mencatatkan nama bapa dalam sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf iaitu anak-anak luar nikah, kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa, selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 299.

“Bagaimanapun mengikut Seksyen 28 Akta 299, pendaftar berhak mendapatkan maklumat sebaik mungkin berkenaan ibu dan bapa yang sah bagi setiap kelahiran yang hendak didaftarkan.

“Ini bermakna pihak pendaftar boleh membuat siasatan bagi mendapat maklumat yang sahih bagi tujuan pendaftaran ke atas setiap kelahiran,” katanya menjawab soalan R Sivarasa (PKR-Subang). - Bernama

Sunday, October 26, 2008

VOTE for FAROUQI..2X

VOTE for NO.2- Ahmad Farouqi Hassan
Facee Minggu Aluan SiswaJuly08: Farouqi dan aku
kereta kebal FAROUQI


sesiapa yang melantik seorang lelaki keatas sekumpulan orang ramai sedangkan terdapat dikalangan mereka orang yang lebih diredhai Allah dari lelaki tersebut, maka ia telah mengkhianati Allah, RasulNya dan orang mukmin (dikeluarkn oleh al-Hakim dan as-Suyuti dlm sahihnya)

Maha Suci Allah Taala yg Maha membolak balikkn hati
selawat dan salam kpd junjungan besar Muhammad s.a.w
musim PRKampus UTP semakin dirasai
tarikh 29Oktober semakin dinanti oleh sebahagian mahasiswa yg inginkn perubahan
walaupun x dinafikan masih yg amek sikap endah x endah
bahang tsunami politik PRU12 masih dirasai menyaksikn UMNO-BN yg megah mentadbir dlu hampir tumbang tersembam
baik diwarung kopi, di dewan kuliah dan di pejabat2, masing2 masih memperkatakan isu demi isu
dr kemenangan Pakatan Rakyat, isu muzakarah-muqabalah, isu liwat Anwar, PRK Permatang Pauh, isu 16 september, keserabutan UMNO-BN yg x sudah2, x lupa juge masalah dalaman PAS dan PR

tapi..adakah tsunami politik ni gak akan diikuti oleh mahasiswa UTP..?
sbg golongan intelek yg terpilih (cream2 ap tah) sewajarnya mahasiswa UTP perlu menggegarkan politik kampus yg sebelum ini nampak layu dan kuncup
klo sebelum ni MPP dipilih tanpa bertanding disebabkan x cukup calon yg menwarkan diri dam syarat2 pelek management
tapi utk sesi kali ni nampak lebih menarik
11 calon menawarkan diri dgn manefesto yg pelbagai(dgn gaya RAMBUT yg pelbagai)..rata2 nk bw revolusi baru

dari 11 calon ni,
AHMAD FAROUQI BIN HASSAN #2
nampak lebih menonjol
dgn penglibatan aktif dlm aktvt n persatuan2 UTP dan manefesto yg realistik
beliau mampu menrajui MPP utk sesi kali ni
ditambah dgn sorakan menggamat dewan oleh fan club die (aku sorg dr mereka..hehe)

ni list involvement farouqi:
1- Member of Business Department, YEC.
2- Facilitator of BAKTI SISWA, Sekretariat Rakan Muda UTP.
3- MAS Facilitator January 2008 intake.
4- MAS Facilitator July 2008 intake.
5- Assistant Head, Human Resource Management, Convofair 2008.
6- Head of Economy Department in Kembara Sufi 2006
7- Head of Ceremony and Protocol in Minggu Penghayatan Ramadhan 2007
8- Head of Ceremony and Protocol for Event Management Seminar 2007

manifesto die plak:
1- tubuhkan student center: utk integrasi dan pembangunn pelajar yg lebih tersusun
2- pastikan suara pelajar melalui MPP didengar dahulu sblm keputusan2 management dibuat (cth: isu CM)
3- duit saman yg dibayar digunakan utk pembangunn pelajar, pelajar2 perlu diberi tahu kemana sebenarnya disalurkan

hah ape lagi..nampak VISI dan MISI die
karisma die as a leader mmg x leh dinafikan
keterampilan die yg kemas dan segak bergaya dimana jua pn bole dijadikn imej yg baik jika mewakili UTP ke mana2 kerja luar nnti

kat sini aku nak MENEMPELAK secara KERAS dan terbuka
kpd calon yg kate first impresion x penting
'u vote for my HAIR or u vote for my QUALITY'
SAMPAH- perkataan yg sesuai utk perlakuan dia
itu yg terdetik dlm hati aku bila dengar die bg jawapan kpd soalan ms mlm manifesto
dgn gaye yg x nmpak LANGSUNG as a leader
bole jalan la..

vote for FAROUQI HASSAN
2 for ALL all for U
emPOWER student toward REVOLUTION
http://farouqi2.blogspot.com/

Saturday, October 18, 2008

StawberyMania

abg bart dan kaktus2 yg kecik2 (mcm kami)
jgn jadi mat bunga
lihatlah dunia....

Maha suci Allah yang mencipta alam penuh kerahsiaan dan keajaiban
selawat dan salam kpd Junjungan Mulia..Rasulullah saw yg usaha penat lelah dan limpahan darah baginda Islam dapat terasa disegenap pelosok dunia..

seminggu yg lps, 12Okt Rakan Masjid telah adakan program menarik lagi
lambat btol dpt post kat blog ni..memandangkan ada kerja2 amal jamai yg jauh lebih tinggi aulawiyatnya..
Family Day Rakan Masjid 'buktikan pembaharuan baru RM buat penggal ni
sem2 lps FD hanya dlm utp..sem lps selangkah kehadapan FD kat teluk batik..kaw2 bes smayang atas pantai
sem ni plak selangkah lagi kedepan..
kami ke Cameron Highland

tahniah kpd LrKK krn berjaya buat FD yg sgt bes ni
buat pertama kalinya RM gna bus UTP utk aktv luar
bermula prog dgn taaruf dlm bus
mmg cool habis..xpasal aku pn kne denda gak
'ana sayang bus muslimat kat depan..eh saje buat silap..ana sayang antum sume'
itulah yg aku ucapkan dlm bus utk buat sume ketawa kecil

smpai kat cameron kami g MARDi..bes tempat die..kire sume pokok2 ad
bijak LrKK soh cari pokok2 ikut list yg mereka bagi
puas la tawaf mardi ni..geram gak kat lrkk ni sbb pokok2 ni sume jauh2
tapi..
tanpa disedari hikmah sbenarnya utk kita teliti kejadian Allah Taala yg Maha Hebat
dari daun2 hijau hingga ke bunga warna biru
SUBHANALLAH..x putus2 kalimah itu aku ucapkan
merasakn hinanya diri..

kat marni ni ade ais cream bes.. skali 3das aku makan..kaw2 sedap
ais cream stawberi..maka bermulalah episod STAWBERYMANIA
lps solat kami ke ladang stawberi
subhanallah..gemuk2 stawberi die..merah2..
aku x beli pn, just paw2 sahabat2 lain yg bli..puas gak..haha
tgk Abg Hakim bkn main smagt lg petik2 stawberi
muslimat pn nmpk sronok kat sane..=)suke2

nk blk kami singgah bli buah jap..aku bli keledek
bes2..tapi risiko lps mkn kledek ni..
letusan angin yg dasyat akan berlaku..(hanya penggemar keledek saje yg tahu..hehe)
perjalann blk x dibazirkn mcm 2..
pengisian rohani diberikan oleh alfadil Ust Akil Hayy (vcd je)
mmg cool gle ust ni

2 je la kot
tahniah LrKK..tahniah RM..tahniah pd ajk2 yg ikut
moga segalanya Allah pandang sbg ibadah dan dibalas sbg redhaNya

Tuesday, October 14, 2008

Kembara Sufi Vll

in team
gabung dua2= in tean+hijjaz
button yg cantik..ehem2


Maha Suci Tuhan yang menyusun baik setiap pergerakan alam
selawat dan salam ke atas junjunagn Mulia Nabi Muhammad s.a.w
11 oktober lepas dah berlangsung 1 lagi event kebiasaan yg dinanti2 peminat nasyid UTP
KS kali ni bw 1 kelainan= bukan konsert nasyid semata2 tapi ad gak prog carity kat umah anak2 yatim+pertandingan nasid IPT perak
Good Jb KS!
selain 2, ni la KS yg pertama yg kontrak jelas telah dipersetujui oleh Rakan Masjid n Medtech
well done RM! well done Medtech!!
moga dgn kontrak ni dua2 club lebih profesional+menguntungkan kedua2 pihak dr segi pengalaman ajk n kewanagn

program pagi KS aku x dpt turut serta sbb ada amal jamaie yg lebih tinggi aulawiyatnya
walaupun dlm hati aku terasa x dpt memenuhkan tanggungjawab as MT RM utk turun kat event2 anjuran RM. tapi aku bersungguh bli tiket konsert smpai wajibkan sahabat2 yg lain bli..bukti kesungguhan aku: jd 100 pembeli terawal..haha(walaupun ikut cable hajar)

malam konsert sgt best!
mulakan dgn bacaan quran..moga majlis diberkati
naik pule InTeam..walaupn dlu aku krg minat sbb byk sgt nasid jiwang..tp lps msg2 dh kawin ok la..naik gak minat aku kat inteam
suare diorg mmg power x ingat..tarik tinggi selamber je

then jemputan khas lak buat persembahan: adik2 rumah anak yatim
mmg diorg ad bakat besar..harmoni jadi, solo sedap, percusion pn ok la
teringat aku zaman2 kemilangan nasid aku dlu time skolah dgn team "nada Bai'ah"

naik plak pak cik2 Hijjaz
ni lagi mantap x ingat
suara munif mmg x ubah2 dr dlu..sedap gile
tambah plak dgn lawak2 diorg..smpai x larat nk gelak (wahkaka)
tp dlm2 gelak diorg masih selit2kn nasihat dan tazkirah
inilah medan dakwah..baguh demo baguh

Konsert ni overall bagus..masalah tenikal sket2 tu biase la
ade nye lagu2 selawat mmg sgt terkesan
ni la msnya nk ajak sume kembali menginagti manusia terangung
x lupa juga selalu memuji2 Allah Taala

tahniah komiti KS
tahniah juga pd hicom KS: abg ikhwan, Hajar, Hidayah n Amir
Gud Job..tahniah

Jabatan Bendahari Rakan Masjid

"kita hanya penyambung mata2 rantai perjuanagn"
itulah yg aku ucapkan kepada bendahari2 lajnah Rakan Masjid pada pertemuaan pertama kami
menjadikan contoh prosedur kewangan dan lain2 yag bukan aku mulakan
tetapi hanya menyusun semula prosedur2 tersebut

Maha Suci Tuhan yang menyusun baik segala urusan hamba2Nya
selawat dan salam kpd Junjunagn besar yang Tercinta
Muhammad s.a.w
kerena hidup ini utk Islam dan masa ku utk jamaah

ni kra dah lambat utk aku post ttg peristiwa bersejarah ni
sepanjang pengetahuan aku ni la kali pertama bendahari2 Rakan Masjid dikumpulkan dlm 1 jabatan yg khas
kami bertemu pada rabu 8 oktober 2008 9.30pm di Bilik Gerakan RM
jabatan ni diberi nama Jabatan Bendahari Rakan Masjid
cetusan idea dr mantan Presiden sesi 07/08
akhi Amir Fadhli Razali yg byk membantu aku mengenal gerak kerja Islam

utk pertemuan pertama ada 2 part yg penting
part 1: pengenalan kpd RM dan juga JBRM
part 2: pembentangan prosedur kewanagn, prosedur pinjaman aset dan juga pengenalan kepada borang2 yg berkaitan

semua ahli memberi respon yg baik
baik muslimin baik muslimat
puas aku nk jwb soalan2 diorang
rata2 mereka muka2 baru dlm RM
aku dapat rasakan mereka2 inilah yg insya Allah akan meneruskan apa yg diperjuangkan Rakan Masjid
xlain x bukan Islam tu sendiri

semoga sedikit usaha ni Allah pandang sebagau ibadah yg dapat m'bantu aku bertemuNya kelak
amin2 ya Rabb!
ikhlaskan hati ini
teguhkan aku di jalanMu..

Wednesday, October 8, 2008

SeLamAt HarI LaHir..=)

kami berempat..aku amek gamba

mamat dan lukman(atas) mamat bersama kek 'biru' nya (bawah
hamzah x sabar2 nk makan kek..hehe


ucapan ini ditujukan khas kepada roomateku
Muhammad Bin Harih aka adik amin
genap umurnya 19tahun pada 8oktober 2008

semangat gile aku nk seleb
mgkn bonding yg tercipta antara kami slps 2 sem usrah bersama
walaupun sambutannya agak lewat iaitu pd 12mlm 9okt
tapi aku dh mula susun sejak seawal pagi
mari kita ikuti kisah besday mamat..hehe

Lab SP aku abis awal dr kebiassan
ada plak org jual barang computer kat dpn pocket D
aku beli la pendrive baru sbb slalu sgt pendrive aku hilang
harap yg ni x ilang2..amin
tiba2...
aku terlihat usb hub
teringat aku akan mamat yg dh lame mengidam nk usb hub ni
aku pn bli kn la utk die as hadiah besday
x mhal pn

balik2 bilik tgk mamat pn ada
aku terasa lapar
aku adukan kelaparan aku pada mamat
kami pun mula berckp ttg magi cup tomyam yg di beli masa join TOI RD lepas
mmg cool
tanpa fikir panjang aku trus ajak mamat makan magi tu stelah disimpan sekian lama
masak air jap sementara solat dhuha
lps solat ape lagi
air panas dicurah perlahan2 dlm cup magi td
fuh..rasanya nikmat yg amat
lebih2 lagi makan secawan sesudu segarpu dgn mamat
mmg bes gile!

sambung pula dikala petang jam3
aku nk ajak sahabatku lukman utk usya2 kek kat tmn maju
tido le plak
aku ajak hamzah
die trus siap2..
viva dipandu laju ke tmn maju
sbb nk cepat ad hal lain lps tu
usya punye usya dapat la kek sebijik

blk semula ke utp pergi ke bebrapa clas lagi
hbs clas replacement SP
ad kedengaran hamzah ajak ke pasar malam le plak
layan...soalt asar kat msjid dlu
viva dipandu laju lagi
soping la sket2..abes gak dlm rm5
lari bajet aku semalam kat psr mlm..hehe

pada belah malamnya
aku dh sms dh sume sahabat2 usrah aku yg lain utk sleb besday mamat
tapi rmai yg ad hal yg lebih tinggi aulawiyatnya
dari bilik gerakan Rakan Masjid atas meeting pertama Jabatan Bendahari RM
aku cpt2 blk bilik nk raikan hari jadi roomate aku ni

kami hanya bertiga..x campur mamat
ingat nk buat suprise la konon2
dh tido le plak kwn aku ni
ah x kire
kami kejut bukan main lagi soh die bgn ptg kek

menunye ringkas
kek+air sarsi sejuk
sempoi..
tp bg aku amat bermakna
walaupun kami berempat je, ukhwahnya dpt rasa disitu



lps dh x larat nk mkn, kami berbincang ttg masalah umat
huh!
kaw2 nye bincang..haha

kepada sahabatku Muhammad:
selamat hari lahir
maaf zahir batin
moga jadi lebih matang dan perform lps ni
selamat maju jaya
ikhlas dari sahabatmu faidhah Hassan

=)

turut duicapkan selamat hari lahir utk sahabat sahabiah yg besday nye sekitar minggu ini

Tuesday, October 7, 2008

menyahut cabaran

Bismillah..
assalamualikum w.b.t
alhamdulillah..pada hari ni mlm 8 syawal aku berjaya membuat blog sendiri
main redah je ni
nama blog sume x pk pjg
tapi xpe lah
sume 2 x penting
yg penting aku dah maju setapak kehadapan
haha

Hasrat nak buat blog dh stat sem ni
bukan sekadar nka mengikut2
org lain ada blog aku pn sibuk nk ad blog
bukan2!
melihat ada kebaikan membuat blog disamping keburukan yg juga turut ada

selain 2 gak
ni sebagai menyahut cabaran diri utk menyalurkan pendapat2 peribadi
xkesah la psl apa pn
hal2 study, isu2 semasa, even masalah2 remeh
kita redah je (bak akte abg hakim)
ni pn menyahut cabaran sahabat2 gak

setakat ni dlu muqaddimah
tah ap la nk tulis lg lps ni

selamat hari raye
maap zahir batin