Saturday, July 25, 2009

Bapak apa macam ni???

Bapa disyaki rogol anak 60 kali


TELUK INTAN: Seorang pelajar Tingkatan Dua membuat laporan polis mendakwa dirogol bapa kandungnya lebih 60 kali sejak November tahun lalu.

Mangsa berusia 14 tahun membuat laporan di Balai Polis Hutan Melintang dekat sini, jam 11.50 pagi kelmarin, selepas dinasihatkan oleh guru sekolahnya.

Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Superintendan Chan Kuang Yu, berkata polis menahan suspek berusia 50 tahun dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan.


"Mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan, jika sabit kesalahan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.


Chan berkata, dalam laporannya, mangsa yang juga anak kedua daripada enam beradik dan tinggal bersama keluarganya di Hutan Melintang, menceritakan perbuatan bapanya yang merogol mangsa sekurang-kurangnya dua kali seminggu kepada kakaknya.

Katanya, kakak mangsa yang terkejut dengan apa yang berlaku memberitahu perkara berkenaan kepada seorang guru.

Chan berkata, mangsa mengadu kali pertama dirogol di dalam rumah manakala selebihnya perbuatan itu dilakukan di luar rumah termasuk beberapa kali di dalam kebun kelapa sawit di kampungnya, kebiasaannya pada waktu malam.

4 comments:

Hazwan said...

panas ati~~~
panas2

nifi a.k.a beliamuda said...

bapa binatang la tu...

penaberkala said...

ish3..dahsyat2in

aya hidayah said...

eii..jahatnye....

sejahat2x manusia btl..