Thursday, November 20, 2008

minyak turun lagi..tapi kita byr mahal lg..apa kes..?

Harga minyak menjunam bawah AS$50 setong


NEW YORK: Harga minyak mentah di pasaran dunia menjunam ke paras bawah AS$50 setong, sekali gus menyaksikan kemelesetan ekonomi dunia semakin meruncing.

Kontrak hadapan minyak mentah bermutu tinggi, “Light. Sweet’ bagi penghantaran Disember menurun AS$4 kepada AS$49.62 setong dalam dagangan elektronik New York Mercantile Exchange (Nymex) di Asia, petang semalam.

Ketika dagangan ditutup, penghantar kontrak Disember ditutup kepada AS$48.64 setong, paras sama pada Mei 2005.


Kontrok penghantaran tidak pernah di paras bawah AS$50 setong sejak 18 Januari 2007.

Kontrak New York turut memberi kepada pasaran minyak Brent North Sea untuk Januari di London.

Brent menjunam ke paras terendah AS$47.82 seting, turun AS$3.64 sebelum ditutup AS$48.08 setong.

Penganalisis berkata sentimen penurunan minyak mentah itu dipengaruhi dengan laporan mengenai tahap pengangguran di Amerika, pasaran terbesar dunia bagi bahan api. - AFP



Saturday, November 1, 2008

Surah Al- Insyirah

Maha Suci Tuhan yg Maha Memegang hati2 manusia
selawat dan slama kpd junjungan mulia Rasulullah s.a.w yg berjuang habis habisan utk membawa ayat2 Allah Taala

tatkala kekusutan, kekeliruan, masalah peribadi, akademik dan sebagainya
aku dihimpit tekanan yg pelbagai smpai rasakan ingin menjerit2
Astagrfirullah..lupanya aku akan Tuhan,pencipta diriku ini..yg jauh mengenali diriku Lebih dr aku mengenali diri aku sendiri

benarlah kata2 Allah dlm Kitab suciNya:
dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang

alhamdulillah
motivasi diri kembali hadir tatkala aku membelek2 juzuk a'mma utk test hafazan asasi Islam bersama ust Dawi
ditambah pula dgn 2 3 prog amal jamaei' yg aku hadiri dlm wekend ni yg menguatkn lagi semangat [berkereta dgn Akh Hakim..mmg best!]
Surah al- Insyirah selalu kita baca
afdal dibaca pd rakaat kedua dlm solat dhuha
rakaat pertama bc lah surah dhuha slps Al-Fatehah
solat dhuha fadhilatnya dilapangkan rezeki utk kita pd hari tersebut

jauh dr maqam diriku utk mentafsir ayat2 Al-Quran
cuma kita boleh ambil direct pengajaran dlm surah pendek ni
Allah memberi motivasi dan semangat kpd Nabi
ayat yg terkesan bila aku mebaca:

Maka bersama kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya dalam kkesulitan ada kemudahan, Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (utk urusan yg lain), Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap..al-Insyirah:5-8

moga kita sama2 semnagat dlm kerja dunia utk mengejar akhirat
demi Redha Allah Taala