Thursday, November 12, 2009

Asalnya dia...


Asalnya perempuan itu bukan dari tapak kaki utk dijadikan alas dan dipijak2
bukan juga asalnya dari kepala utk d junjung dan d sanjung

Asalnya dia dari tulang rusuk [yang bengkok]
dekat dengan tulang belakang utk menjadi penyokong
dekat dengan hati utk disayangi dan dicintai...

Saturday, September 5, 2009

keriangan Ramadhan: TOI 09


d Masjid Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar

dalam kepayahan ada kelapangan..begitulah sahabatku menggunakan masa

air d cincang x kan putus..bersama transfer air =)

Burroq [nama team] terhebat!!

singgah Dhuha d Masjid Tronoh

Assalamualaikum wbt
Salam pertengahan Ramadhan...

Alhamdulillah semalam dapat gak join Tresure of Iman [TOI] organized by Ramadhan Discovery Rakan Masjjid
mlm sblm toi saya seakan2 berputus asa x dpt join sbb dh puas berusaha cari kereta
esok pagi lps tadarus, terasa ngantuk..apo laie katil menunggu saje.haha..
tgh2 lena tetibe sahabat baik ku Luqman [Timb Pres RM] kejut cakap ad dapat kete
tanpa melengah tuala terus d gapai utk bersiap
masa tu pulok 8.50am, perasmian pukul 9.00am..huhu
terkenang kisah Hanzalah ketika menerima seruan JIHAD!
Allahu Rabbi..

Pengalaman yg sangat2 menarik!
saya as Driver, Hakimi as co-Pilot, Muhammad [roomate] dan Luqman as penjawab soalan n think tanker duduk d seat belakng
memang riuh rendah dalam kete 2 dr awal smapai abes maen..
Ukhwah yg indah dirasai..
Terima Kaseh wahai sahabat =)

Overall Toi kali ni lebih menarik dr tahun lepas
soalan2 nya yg mencabar betol2 menguji kita ttg nilai2 Ramadhan
games yg d susun d setiap check point juga best2 belaka
cuma yg kurang tahun ni may b sebab jarak perjalann yg x jauh mcm thn lepas
may b sbb isu H1N1
tahun ni UTP->Bukit Keledang->Bota->UTP
tahun lepas: xingat..huhu tapi sampai ke Parit gak la

apa2 pun, tahniah utk TOI dan RD
terutama kpd Afiq [head TOI] dan Yazid [PM RD]
serta dgn batilion2 TOI dan RD yg lain
antum mmg dh buat habes baik..Good Job!! =)

malam ni closing RD kat LH1 lps teraweh 8
sume2 datang k

p/s: megharap dpt hadiah malam ni..huhu

Monday, August 31, 2009

MERDEKAlah Tanah Air Ku!!


PERUTUSAN KHAS PRESIDEN PAS SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-52

Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-52 Kemerdekaan Negara, bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) suka saya mengulangi bahawa pemimpin-pemimpin ulung PAS adalah golongan yang pertama melibatkan diri dengan perjuangan kemerdekaan negara ini.

Mereka menjadi mangsa kezaliman di zaman penjajah. Ketika itu, banyak di kalangan pemimpin negara kita (Umno) bersekongkol dengan penjajah menjadi pegawai-pegawai mereka.

Namun kita tidak menyerah kalah. Kita adalah yang pertama memperjuangkan kemerdekaan (yang) merupakan mata rantai perjuangan sejak kedatangan Islam yang membawa kemerdekaan sebenar.

Kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW ialah pembebasan manusia daripada mengabdikan diri kepada makhluk kepada hanya mengabdikan diri kepada Allah SWT. Itulah makna kemerdekaan yang sebenar.

Oleh kerana itu, Nabi kita Muhamad SAW dalam perjuangannya yang pertama menentang jahiliah Arab. Bukan jahiliah bangsa lain sehingga berjihrah ke Madinah mendirikan Negara Islam.

Sebuah Negara yang berlandaskan kepada pengabdian diri kepada Allah Ta'ala yang membawa keadilan mutlak kepada seluruh manusia.

Bukan sahaja kepada penganut Islam bahkan, juga kepada penganut-penganut agama lain yang bernaung di bawah pemerintahan Islam. Selepas itu, Nabi kita Muhamad SAW datang ke Mekah untuk membebaskan Mekah daripada kuasa jahiliah.

Pembebasan Mekah bukan kerana dijajah oleh penjajah asing Rom dan Parsi. Tetapi dijajah oleh jahiliah Arab dari kalangan kaum keluarga Nabi SAW. Sehingga Mekah dibebaskan dan itulah kemerdekaan sebenar.

Dan 'obor' kemerdekaan inilah yang dibawa oleh Rubi'e bin Amer kepada Rostum iaitu panglima tentera Parsi dengan kenyataan Rub'ie yang terkenal.

Kata Rubi'e, "Kami mengajak sesiapa yang mahu kepada satu gagasan dasar dan konsep daripada mengabdikan diri kepada manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah. Daripada kezaliman ajaran pelbagai-bagai agama, teori dan pendekatan ciptaan manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah SWT. Daripada dunia yang sempit kepada wawasan dunia sehingga hari akhirat".

Itulah kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW. Kemerdekaan inilah yang didokong oleh perjuangan Islam termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Kita menentang penjajah asing bukan kerana nama asingnya. Tetapi kerana mereka membawa satu fahaman yang mengabdikan diri kepada makhluk dan bukan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita halau mereka bukan kerana nama dia asing tetapi kerana mereka membawa suatu ajaran sesat yang menyeleweng dari petunjuk Allah SWT.

Walau pun, negara kita telah dikatakan mencapai kemerdekaan sejak 52 tahun tetapi warisan penjajah masih lagi wujud. Bertapak dan berakal umbi di dalam masyarakat kita.

Oleh kerana itu, kita menganggap isu perjuangan kemerdekaan belum lagi selesai.

PAS akan terus berjuang untuk membawa kemerdekaan yang sebenarnya. Iaitu membebaskan diri manusia dari mengabdikan diri sesama manusia, sama ada berbentuk ideologi, teori dan sebagainya atau pun kepimpinan yang berlagak mengadakan peraturan sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah SWT.

Untuk mengajak mereka membebaskan diri daripada itu semua kepada Islam yang membawa kepada kemerdekaan yang sebenar dan itulah dasar serta konsep kemerdekaan yang kita bawa selama ini.

Sekian, Wassalam

Sunday, August 30, 2009

Uzlah Sebentar


Baiti Jannati

Assalamualaikum wbt
Salam Ramadhan..

Sekarang ni saya baru dlm 2jam sampai bilik dari perjalann dr Melaka ke UTP
travel dgn public transport utk destinasi jauh seakan2 sudah tarbiah dr Allah Taala
tambahan dlm bulan Ramadhan ni
memang dr kecik form1-5, bus merupakan transport utama nk berulang alaik dr Pekan ke Klang

tapi travel balik umah ni terasa betul2 meletihkan
tiba d Melaka subuh Sabtu n return back 2 UTP ahad lps Maghrib
Biar pun kejap..yg kejap itulah bermakna
doakan juga ia diberkati kerana niat yg 1 utk Ziarah Mak Abah dan kakak2 ku kat kampung

Beruzlah seketika dr kekacauan kampus
assigment, Quiz, tutorial, Lab Report, Group discussion dan test
rutin2 mahasiswa yang seakan2 hampir membosankn hidup tambahan d zaman pertengahan alam kampus

opps!! jangan cepat melatah wahai diri
dengan semangat AYUH BERUBAH! kau pasti perlu hadapi tekanan dan ujian ini
insya Allah x lama..

Pulang ke rumah memang menyeronokkan
aku pasti menjumpai jiwaku yang 'dulu' tiap kali balik ke rumah
arsenal..peterpan..band2..TV..sms x henti2..melihat masyarakat..dan buat sumthing yg d rasakan cool
memang Best!

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan: Pesta PAhala Temasya Ibadah


bulan tarbiah..bulan alQuran..bulan JIHAD!

Assalamualaikum wbt
Salam Ramadhan..

"Wahai orang-orang yang beriman! telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagi mana telah diwajibkan keatas orang sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa"
al-Baqarah: 183

Selawat dan salam kepada junjunagn mulia Nabi Muhammad saw, yg menjadi suri tauladan terbaik buat sekalian manusia

lambat kiranya posting topik Ramadhan ni
byk gak isu2 yg terlepas spt pemergian tokoh Nasyid, Ustaz Asri Ibrahim..al-Fatehah
moga kita terus tegar dlm Jalan ini.

sekadar menyalin semula kalam2 nasihat dr Hujjatul Islam, al-Imam al-Ghazali r.a
dlm kitabnya Bidayatul Hidayah..menarik buku ini utk d baca oleh semua golongan
sebagai pedoman kita melakukan aktiviti2 harian..dr bangun tidur sampai nk tido blk

ADAB2 PUASA pg 107-109

Dan janganlah engkau menganggap puasa itu hanya meninggalkan makan, minum dan jimak sahaja tetapi puasa itu lebih luas depd itu. Sabda Rasulullah saw:
'Berapa banyak orang yg berpuasa, yg tidak m'peroleh drpd puasanya itu selain drpd lapar dan dahaga.' [riwayat Ahmad]

Maka kesempurnaan puasa itu bahawa engkau menjaga seluruh anggotamu drpd m'buat sesuatu yg d benci Allah Taala. maka engkau mesti menjaga mata drpd melihat p'kara yg dharamkan, memelihara lidah drpd bercakap perkara tidak berfaedahdan menjaga telinga drpd m'dengar perkara2 dharamkan mendengar krn org yg mendengar (org yg mengumpat) adalah sama dosanya dan hukumnya dgn org yg mengumpat itu.

Begitu pula hendaklah engkau menjaga seluruh anggotamu spt kamu menjaga perut dan kemaluanmu. Sabda Rasulullah saw:
" 5 perkara yg membatalkan (pahala) puasa itu, iaitu berbohong, mengumpat, membuat fitnah, melihat (perempuan yg bukan mahram) dengan syahwat dan sumpah palsu." [riwayat adDilami]

Sabda Rasullullah lagi:
" Hanyasanya puasa itu perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa maka jangan ia bercakap yg tidak baik [spt b'cakap perkara2 lucah] dan jangan ia membuat maksiat dan jangan bertindak spt orang jahil. Oleh krn itu apabila ada orang lain cuba memusuhinya atau memakinta maka hendaklah ia berkata [d dalam hati jiwa puasa sunat, dgn mulut jika puasa wajib] : Bahawasanya aku ini berpuasa." [riwayat Bukhari]

Monday, August 10, 2009

Isu Arak d Negeriku..Selangor Darul EHSAN


http://n32.blogspot.com/
Pendirian PAS Selangor berhubung isu jual-beli arak di Selangor

PAS Selangor mahukan isu kontroversial melibatkan kawalan penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Melayu/Islam di negeri Selangor ini tidak dieksploitasi atau diputar-belitkan oleh mana-mana pihak samada individu atau mereka yang mewakili pertubuhan termasuklah pihak Umno dan Barisan Nasional.

Dalam hal ini melalui satu Mesyuarat Khas Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Ahad lepas, PAS Selangor telah menyambut baik segala maklum balas dan pandangan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak khasnya dari kalangan masyarakat Melayu/ Islam di negeri ini berhubung isu tersebut. PAS merakamkan ucapan ribuan terima kasih serta sangat menghargai segala bentuk sokongan dan galakkan serta pandangan yang positif yang telah mereka tunjukkan itu yang mencerminkan keprihatinan rakyat terhadap isu ini.

Dalam pada itu PAS menegaskan bahawa ia tidak pernah menyarankan kepada ahli-ahlinya untuk menganjurkan sebarang “road show” bersama dengan Umno/BN kerana PAS Selangor yakin yang ia memiliki kekuatan sendiri untuk membawa dan mempertahankan isu ini.

Melalui Mesyuarat Khas itu, PAS Selangor telah mengkaji dan menilai semula segala tindakan-tindakan yang telah diambil oleh parti berhubung isu ini dan menegaskan bahawa ia akan terus konsisten dengan tuntutannya agar segala jenis minuman arak yang diharamkan penjualan dan pembeliannya melalui Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor tidak lagi dijual di kawasan majoriti penduduk Melayu/Islam di negeri ini.

Harus ditegaskan bahawa tuntutan itu bukannya ke arah “total ban” atau larangan menyeluruh ke atas penjualannya seluruh Selangor tetapi sebaliknya hanya di kawasan majoriti Melayu/Islam sahaja demi membentuk sebuah masyarakat yang sihat dari gejala buruk akibat peminuman arak ini.

PAS Selangor juga ingin menegaskan bahawa ia tidak pernah sekali-kali menuntut agar YB EXCO Kerajaan Tempatan Selangor Tuan Ronnie Liu digugurkan dari barisan EXCO kerajaan negeri. Sebaliknya apa yang dituntut adalah perubahan jawatan itu dari penyandangnya kepada YAB Dato’ Menteri Besar sendiri atau mana-mana EXCO lain yang Menteri Besar fikirkan sesuai.

Selain itu PAS Selangor kini sedang meneliti cadangan yang diberikan oleh YAB Menteri Besar berhubung kawalan kendiri atau “self regulation” terhadap penjualan arak ini dan memohon agar Menteri Besar memberikan penerangan lanjut berhubung kaedah kawalan beliau itu beserta mekanismanya. Jika dalam tempoh sebulan ini kaedah tersebut didapati gagal atau tidak berjaya maka PAS Selangor akan mengemukakan cadangan-cadangan yang difikirkannya wajar untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah ini.

10 Ogos 2009

YB DATO’ DR HASAN MOHD ALI
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor

Tuesday, August 4, 2009

Konsert Antara Dunia ~gamis


Tuan Guru Nik Aziz hadir merasmikan konsert

bersama Din Paiman dan Zainul

persembahan penutup dr semua kumpulan

Maha Suci Allah Taala yg menciptakan Islam sbg agama dan cara hidup yg sempurna sesuai dgn sifat manusia
Selawat dan Salam kpd Junjungan Mulia Nabi Muhammad saw yg mengajarkan Islam kpd kita bkn hanya sekadar sembahyang, puasa, haji dan nikah kahwin


Dah lama saya teringin ke konsert PeterPan. Dah lama saya teringin nk ke konsert Hujan..
Merasai kehangatan suasana, menyanyi bersama2 artis, melompat dan terkinja2 bersama audience yg datang
Alhamdulillah..Allah taala gagalkan semua rancangan saya

Allahamdulillah x putus2..bila Allah Taala takdirkan saya pergi ke Konsert Antara Dunia
konsert NASYID anjuran gamis. Tahniah buat gamis kerana mampu mengajurkan event yg sehebat ini. konsert ni d adakn pad Sabtu lepas d Stadium Melawati Shah Alam

Saya dapat rasai apa yg saya nk rasai..
Saya dapat menyanyi bersama2 artis dr bawah
Saya dapat merasakan kehangatan dari semua penonton
saya juga dapat melompat sorai bersama kroni2 yg lain
yg lebih manis, saya dapat menangis menghayati bibit2 lirik nasyid dan syair yg didendangkan bersama sahabat2 yg lain
mmg cool

Konsert ni menampilkan 'otai2' band nasyid Malaysia dan Indonesia
Raihan: walaupun kelibat Nazrey Johani sudah tiada, tapi Raihan tetap tampil dgn aura nya yg tersendiri yg cukup2 hebat
Hijjaz: Suara Sdr Munif Ahmad mmg unik..sedap habis. tambahan plak dgn delagat ahli2nya yg lain yg selalu berjenaka
Rabbani: penganjur bersama utk konsert ini..Suara Ust Asri memang lantang..sedap! ahlinya yg ramai menjadikan gaya mereka sepadu bila d lakukan bersma2
Soutul Harakah: kumpulan nasyid dari Indonesia. walupun sudah berusia tapi Semangat JIHAD dlm diri mereka dapat dirasai oleh semua penonton..hingga kami anak2 muda melompat bersemanagt mendengar lagu2 mereka

Dah lama sy nk datang ke konsert ni..dh d plan sejak cuti sem lps lagi.
kebetulan cuti H1N1 ni..xsaya lepaskan peluang ni
Tujuan asal sy pergi ke konsert ni adlah utk tgk bagaimana Gamis mengendalikan konsert
kot2 ada benda yg saya boleh bawa dan aplikasi dalam event2 RM selepas ni
terutama Heart 4 Islam dan Kembara Sufi yg Insya Allah akan d adakan semester Jan010 nnti
Subhanallah..saya dapat lebih dr ap yg sy nak
berkoyan2 benda baru yg saya nampak..

Konsert ini mmg betol2 konsert..
bkn sekadar Nasyid, sajak, pentomin, teater, pantun
semua ini menceriakan suasana
Membayangkan ianya terjadi di UTP...
Cooming soon insya Allah