Sunday, December 28, 2008

khemah Ibadah 2008

ana wa aimanaan dan aiman
bersama kanak2 yg tembam2
khusyuk..semangat para peserta

Maha suci Tuhan Yang maha Hebat penciptaan Nya
menjadikan kita dari setitis air mani membesar mrnjadi kanak-kanak yang ligat ingin mengetahui
yang dlm lingkunagn umur itu sudah mampu memikirkan hakikat kejadian yang Maha Hebat

Selawat dan salam buat junjungan Teragung..insan Terhebat yang diciptakanNya

alhamdulillah..21- 25 disember lepas berlangsung dengan jayanya kehemah ibadah Musim Cuti Sekolah 2008 anjuran unit pentadbiran Masjid dan Rakan Masjid UTP
program pertama kali diadakan ini sungguh menggamit memori dan mamahat sejarah Rakan Masjid dan UTP sendiri

walaupun pada peringkat awal terdapat macam2 cubaan dan dugaan, ana yakin dan pasti dengan adanya hati2 yang ikhlas dikalangan ustaz2, staf2 UTP, AJK2 pelaksana, ibu bapa, mahupun peserta, program baik ini berjalan dengan lancar..tidak juga dinafikan masih ada kekurangan dan kelompongan yang perlu ditampung oleh 'mata2 rantai' akan datang.

memandang visi 'Membina Bi'ah Solehah' ynag menjadi slogan Rakan Masjid bukan hanya untuk dalam kampus, Rakan Masjid mengorak langkah menyemai benih Bi'ah Solehah di luar kampus selari dengan misi nasional yang dicanang utk penggal kali ini.

memori bersama adik2 comel amat2 menyentuh jiwa..kadang2 terketuk juga jiwa ini dengan pertanyaan2 mereka, lebih terasa jika dengan nasihat2 mereka..terima kasih adik2
kita sama2 belajar utk menggapai redha Allah Taala

tak lupa juga pengalaman bekerja bersama ajk2 yang penuh semangat..
moga segala usaha kita dari datang meeting, membuat keputusan, menaip surat, mengira duit, menyusun atur modul2, mengatur perjalanan majlis, design poster2, mencari penajaan, menguruskan pendaftaran, mencari barang2 logistik, mengacau air dan menyediakan makanan...
sama2 kita doa setaiap tetes peluh dan darah kita Allah pandang sebagai ibadah dan menjadi saksi pengorbanan m'perjuangkn agama Allah..

amin3 ya Rabb

No comments: