Tuesday, April 20, 2010

Laporan Ijtima Sanawi Rakan Masjid ke-9


Ucapan sulung Presiden RM 10/11, Akh Hafizi Zakria

Ucapan Penangguhan oleh Presiden 09/11, Akh Akram Ismail

Akh Nik Arif, dengan hujah yg konkrit membahaskan Ucapan Dasar dan Usul2

Penuh Keyakinan: Ucapan Dasar Presiden utk agenda RM Penggal Hadapan

Pengerusi Tetap menunjukkan isyarat BAGUS!

Assalamualaikum wbt

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatkan. Mereka berdoa 'ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah engkau bebani kami sebaimana Engkau bebankan kepada orang2 sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kami apa yang kami tidak sanggup memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah perlindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir' "
Al-Baqarah: 286


Maha Suci Allah Taala yang sentiasa memilih hambanya untuk menjadi pembantu agamaNya
Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w yg menjadi pelopor melenyapkan kejahilan kpd cahaya

Alhamdulillah, Ahad yg lepas 18 April, ijtima Sanawi Rakan Masjid telah selamat berlangsung dgn penuh warna warni dan gilang gemilang. ini merupakn kali ke2 RM melakukan AGM dalam format muktamar yg sebenar. Tahniah Rakan Masjid dalam mendahului club2 laen d kampus.

Saya telah dipertanggungjawabkan sebagai pengerusi tetap. Dengan keadaan yg x brape sehat [nak demam dan sakit perut] pastinya amanah ini tersangatlah berat dalam memastikan mutu muktamar yang berlangsung mencapai objektif dan sama2 membawa muktamirin yg hadir lebih meningkat ketaqwaan kpd Allah Taala dan lebih memahami serta menghayati perjuangan agenda Dakwah ini.

Secara peribadi saya melihat muktamar kali ini lebih baik berbanding yg pertama kali diadakan pada tahun lepas.

1) perwakilan [AJK RM] yg hadir sangat2 memberangsangkan.. 150+ yg mendaftarkan diri.
ini tidak termasuk para pemerhati dr org perseorangan, club2 UTP, fasilitator Smart Group dan juga wakil2 dari Universiti sekitar Perak dan serata Malaysia.

2) Perwakilan yg rata2 masih baru [pertama kali bermuktamar], tetapi mampu membahas ucapan dasar dan usul dgn amat baek sekali..tergamamam saya melihat mereka berpidato dr bawah..sudah pasti hilang kebimbangan saya kerana RM sudah mampu melahir dan mencorakkan kader2 yg kuat pada masa akan datang

3) 4 usul yg dibawa telah diluluskan dgn pindaan
i) Mewujudkan Gabungan Pelajar Sabah dan Sarawak (GAPPS)
ii) memperkasakan Sistem tarbiah Rakan Masjid (SISTAR)
iii)mengadakan rapat umum bersama pensyarah UTP
iv) memperkasakan portal Rakan Masjid

pastinya usul2 ini terbeban kpd pimpinan akan datang utk melaksanakannya. suka atau tidak. mahu atupn tidak mahu, mereka perlu dan WAJIB melaksanakan kesemua usul ini kerana inilah keputusan Syurra bersama

4) Laungan takbir bergema di LH1 diselang selikan dgn ketukan meja dari para perwakilan dan pimpinan tanda setuju dgn hujah2 dr pembahas ucapan dasar dan usul

5) Laporan Aktiviti tahunan oleh Setiausaha 1 Akh Aizuddin Paiman dan laporan Kewangan oleh Bendahari 1, Akh Zaiyinul Ain sangat2 memuaskan. Pembetulan, komen dan persoalan yg d ajukan oleh perwakilan dapat d jawab dgn baek dan professional sekali

6) Kepimpinan yang kuat telah disediakan oleh pimpinan 09/10 utk menggantikan mereka. dengan barisan yg melibatkan muka baru dan lama, saya yakin dan optimis! Pimpinan 10/11 mampu menggerakkan agenda Dakwah Rakan Masjid ke dimensi yang lebih segar dan relevan, bertepatan dgn waqi' semasa yg kian mencabar
di sini saya menyeru kpd semua AJK2 Rakan Masjid utk bekerja keras dan memberikan Bai'ah kpd saff pimpinan baru..jgn bimbang dgn kreadibiliti meraka.jgn bimbang dgn cabaran2 yg bakal merka hadapi. BUKAN MEREKA YANG MENJAGA JAMAAH INI. TAPI ALLAH TAALA lah YANG AKAN MENJAGA JAMAAH NYA

Saya selaku Pengerusi Tetap memohon maaf jika sepanjang perjalann majlis ada khilaf yg saya lakukan yg mengurangkan keberkatan Majlis dan mengundang kemurkaan Allah Taala

Tahniah kpd Panitia Ijtima Sanawi yg bekerja keras utk memastikn majlis berjalan lancar

Tahniah dan takziah kpd saff pimpinan baru Rakan Masjid. Amanah, Tanggung dan jawab perlu dpikul dalam keadaan senag mahupun susah.. sudah2lah menyatakan ana x layak utk taklifan ini. x layak itu bukan jadi persoalannya. yg penting sejauh mana kita perlu mempersiapkan diri utk lebih kuat bekerja dan berjuang utk tuntut Redha Nya

Tahniah kpd Pimpinan 09/10 krn berjaya menamatkan 'kontrak' taklifan selama 1 tahun ini. saya yakin dan pasti jiwa2 yg ikhlas ini bukanlah berjuang kerana nama, galamor dan pangkat.
Sama2lah kita pohon pada Allah Taala agar terus menerus istiqamah dlm perjuangan ini
Sama2 juga kita doakan agar Allah Taala senantiasa memilih kita sebagai pembantu agamaNya

TAKBIR! TAKNIR! TAKBIR!

4 comments:

kerokimi said...

"sudah2lah menyatakan ana x layak utk taklifan ini. x layak itu bukan jadi persoalannya"

-kalau sume kate x layak xde sape la nk berdakwah-

utpian said...

adess..ada gak gmbar gue di sini..
huhu.

papepun..truskn modus operandi..ting3..haha

Huda Idris said...

hm.. knape usul2 itu kelihatan seperti cadangan? bukan ada beza ke cadangan dan usul..

mabruk..

teruskan usaha.

ukrayna vizesi said...

thanks for sharing
http://www.marinavize.com/