Thursday, April 8, 2010

JUMAAT


MASJID AN-NUR UTP

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila telah diseur untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. [9] Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di bumi; carilah kurnia Allah dan ingatlah banyak-banyak agar kamu beruntung [10] Surah al-Jum’ah: 9-10

Assalamualaikum wbt

menurut Kitab Bidayatul Hidayah, karangan Imam Al-Ghazali, Hari Jumaat adalah Hari Raya. iaitu hari yang mulia yang telah dikhususkan oleh Allah Taala. Seharusnya kita mempersiapkan diri menyambut Hari Jumaat sejak petang Khamis lagi. Melimpahnya berkat dan rahmat yg Allah Taala berikan pada Hari Jumaat, tidak pada hari lain. Sebab itulah ia dijadikan Saiyidul Ayyam [penghulu sekalian hari].

Seharusnya Malaysia sebagai negara Ummat Islam, perlulah memberi cuti pada hari Jumaat sebagai langkah memberikan ruang kepada Rakyat menumpukan diri utk AKhirat pada hari ini. Inilah antara kelemahan yg terdapat pada kerajaan sekarang. Walaupun terpanpang pelbagai lagi kepincangannya [rasuah, salah guna kuasa, etc]. Pujian seharusnya diberikan kpd Kerajaan Negeri [Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional] yang memberi cuti kepada rakyatnya pada hari Jumaat.

Saya bertekad, jika dipilih menjadi Menteri Besar mahupun Perdana Menteri, antara perkara pertama yang akan saya lakukan adalah memberi cuti pada hari Jumaat.

Mengapa kita perlu berikan cuti pada hari Ahad? padahal itu adalah hari kebesaran orang2 Kristian.

insya Allah saya akan menambah lagi makluman ttg Jumaat spt perkara2 sunat yg sangat digalakkan kita lakukan pada Hari Jumaat, peristiwa2 yg berlaku dalam Hari Jumaat. Dan lain2 lagi.

Bersama kita daulatkan Islam :)

1 comment:

Amin Baek said...

salam faidhah..
aku penah terbaca perbahasan mengenai isu ni..
tapi xingat gak ktne..afwan..klu x leh attach..
dlu aku stadi kt kedah,jumaat cuti..
memg culture shock la pada awalnye..b4 tu skul kt mlake kn..
tp sbuln kt sana,smakin mengadaptasi..

dr dlm perbhasan tu,dia menggunakan ayat ko(yg aku ingt a..byk lg dia bahaskn) masukkn dlm blog,tinggalkan jual beli,menunjukkn,hari jumaat juga ptot bekerja..

ada byk lg,cm persamaan dgn menjadikan hari sabtu sbg hari beribadat...

byk pro n cons dibincgkn,tp apa yang penting keikhlasan kita mngerjakan ibadat sterusnya mengimarahkan jumaat tu..

mungkin je stelah kita cuti hari jumaat,tetapi masih ada golongan yg tidak mengerjakan solat jumaat..

tpi kalau jumaat sabtu ahad cuti,nice gak..hahahhaa..makin pmalas la kita jadinye...

n rasanya ikot sjarah,sesuatu masyarkt lebih produktif bile bkerja 6hari sminggu,dan sesuatu tamadun tu akan merudum apabila masyrkt nye diberi lebih byk cuti..sjarah time kcik2 lu..

papepun,bila nak jadi menteri besar faidhah??ketua menteri la..ckp da nak dok melaka..haha