Saturday, February 13, 2010

Kenduri Arwah


Melaka Darul Islam

Nasi Ambeng

Assalamualaikum wbt

Segala puja dan puji hanya utk Allah Taala..yg x putus2 memberikan nikmatnya kpd hamba2Nya
Selawat dan Salam buat kekaseh Rasulullah saw

Alhamdulillah..isya td dpt sy dan abah ke masjid dekat umah ni..
mungkin berkat Dhuha siang td, ad jamaah yg jemput ke rumahnya slps solat isya utk Kenduri Arwah

ada org kate2, kenduri arwah ni bidah..ah sudoh..guane plak ni? nk g ke x..?
saya ambil jalan mudah..xyah kita sibuk2 nk bidah kn org..
paling tidak, bila buat kenduri arwah adanya raung utk keluarga yg menjemput, ahli jamaah masjid dan jiran tetangga utk duduk sama2, berzikir dan mengingati Allah Taala
daripada x buat, baik buat
klo x leh buat semua, jgn tinggal semua =)

kenduri ni betol2 spesel.. ni sy ad beberapa cerita ttg kenduri arwah d beberapa tempat yg pernah saya pergi [d sekitar Malaysia yg pernah saya bermusafir mencari ilmu]

kisah 1: Kampung sy d Melaka
kenduri arwah spt biasa..ahli2 masjid bersama2 ke rumah yg menjemput
tahlil dan kemudia makan2..
menunya lauk pauk tradisi Melaka spt asam pedas, cencaluk, etc
mmg sgt bes bersama sepupu sepapat yg jarang dapat bertemu sama

kisah 2: masyarakat Pekan Pahang [masa sekolah menengah]
prosedur tahlil juga spt biasa
menu makan juga makanan2 tradisi pahang
klo untung ada dpt makan ikan patin

kisah 3: masyarakat sekitar tronoh [ketika d UTP]
saya berpeluang ke beberapa tempat..antaranya kampung bali
trimas kpd sahabat2 yg sudi ajak ke rumah Mak Cik Lela
selepas bertahlil, makan time
subhanallah..lauknya byk betol
walaupun keluarga mereka sederhana, tapi mereka betol2 meraikan tetamu dgn juadah yg sedap2
moga Allah Taala melimpahkan rezeki yg halal buat mereka sekeluarga..amin3

kisah 4: masyarakat Jawa Klang [rumah saya]
dok klang lama dah..tp mlm ni br dpt merasai mcm mn org Jawa buat kenduri arwah
bergerak dr masjid sama2, kemudian Pak Imam memulakan tahlil awal hingga akhir
lepas tahlil selesai, tuan rumah bawa talam berisi lauk pauk..saya ingt kene mkn mcm iftar kat masjid
rupa2nya itu adalah Nasi Ambeng
Nasi Ambeng = nasi putih, lauk ayam, serunding, mee goreng, tempe, sayur, udang
fuhh..dasyat2..sy ingtkn 2 la makanan utk kenduri 2..rupanya 2 adalah Kermah (tapau)
nasi ambeng ni d bungkus dlm daun pisang yg d berikan setengah helai setiap seorg
makanan utk kenduri ad d luar rumah..lontong+sambal sotong+kuah kacang+kuah masak lodeh
eksesori lain= buah2+kueh mueh
"Allahumma Solli A'la Muhammad"
itu adalah 'loceng' yg nk mengatakan masing2 dh siap makan dan sedia utk pulang

oho..post kali ni mcm bkn nk cite psl kenduri arwah je kn
tp mcm nk cite ap yg nk d makan masa kenduri..haha

kesimpulannya: berzikir 2 perlu tiap2 hari..bkn masa kenduri je kita ke berzikir atau bertahlil sama2 ramai2..cuma bila ada majlis2 atau keraian2, lebih2 lah kita perlu berzikir dan mengingati Allah Taala tanda syukur kita padanya

Hanya dgn mengingati Allah, hati akan menjadi tenang =)

Thursday, February 4, 2010

Selamat Pengantin Baru ~AlonG~ =)


terima kaseh kpd saudara mara yg dekat yg jauh yg membantu utk majlis ini
memberi ucapan selamat buat pengantin baru
mastermind [yg baju purple]
aku dapat abang! yeah
1 happy family =)


Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir. Ar-Rum:21

segala puja dan puji hanya untuk Allah Taala yang kasih dan sayangnya xputus2 diberikan pada hambanya [yg taat mahupun tidak]
selawat dan salam kpd Junjungan mulia Nabi Muhammad saw

lama dh x update blog ni..rasa malas tapi nk gak tulis

Alhamdulillah, tanggal 25Disember 2009 along saya telah selamat diijab kabulkan. Akad nikah yg menjadi ikatan yg sah, beliau kini menjadi seorang Isteri.
majlis bersanding pula pada 26 Disember dan 27 Disember pula majlis di rumah pengantin lelaki

Kisah perkenalan mereka sangat unik..Alhamdulillah, Allah Taala mempermudah segala urusan mereka dari berkenalan hinggalah ke jinjang pelamin.
mereka mula berkenalan pada awal tahun 2009 [pjg citenya mcm mn mula berkenalan..kite pendekkn..huhu] perkenalan mereka membawa kpd perhubungan yg lebih serius
sebelum Ramadhan 1430H, satu rombongan merisik telah dapatng ke rumah. cincin belah rotan diselit ke jari Along.
dipertengahan Syawal pula, rombongan meminang pula tiba. bersama dgn hantaran dan wang belanja. suasana ringkas dan meriah mewarnai rumah kami.
dan alhamdulillah, d awal Muharram 1431H, mereka selamat menjadi suami Isteri.

Puan Jalilah Hassan dan En Azhar Saian
bagai pinang d belah 2
sama2 padan..sama2 bijak..serasi bersama [sekufu la senang cite]

Along telah berjaya menghabeskan Masternya dalam bidang media
sekarang menjadi pensyarah d MSU shah Alam
dlm kesibukannya sbg student dan fotografer profesional [dulu], solatnya ttp d jaga
keluar rumah pasti dberi tahu kpd mak abah
bacaan AlQuran nya alhamdulillah baik..[boleh improf lg]
hal2 agama dibimbing baik oleh abah dan emak [tambahan buku2 yg dberikan oleh adik2nya]
karektornya ceria, mudah d dekati, menghormati org laen, kepimpinan yg baek, semgatnya kuat.
pendek kate ciri2 sbg ketua beradik ada pada dirinya.

Abg Azhar pula graduan Kejuruteraan Awan UTM skudai
pengalaman d beberapa syarikat..sekarai bekerja sbg Civil Engineer d Seagate JB
rumahnya xsmapai 5minit dgn rumah kami [klo nake moto la]
rumahnya bersebelahan dgn surau. pastinya selalu solat d surau
keluarganya dikenali ramai..Tuan Saian berkhidmat sbg ketua kampung sejak sekian lama.
orng nya juga ceria. pandai buat jenaka yg ringan2.

hanya doa kesejahteraan kalian yg mampu kami berikan
selamat menempuh alam yg laen
semoga Along dan Abg Azhar teguh, tetap dan sabar menempuh dugaan d depan yg bakal tiba

p/s: lepas ni aku jadi Pak Su..yehaa!! =)
p/s2: Allahumma zauwijna zaujatan Solehah..amin Ya Rabb =D

Thursday, November 12, 2009

Asalnya dia...


Asalnya perempuan itu bukan dari tapak kaki utk dijadikan alas dan dipijak2
bukan juga asalnya dari kepala utk d junjung dan d sanjung

Asalnya dia dari tulang rusuk [yang bengkok]
dekat dengan tulang belakang utk menjadi penyokong
dekat dengan hati utk disayangi dan dicintai...

Saturday, September 5, 2009

keriangan Ramadhan: TOI 09


d Masjid Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar

dalam kepayahan ada kelapangan..begitulah sahabatku menggunakan masa

air d cincang x kan putus..bersama transfer air =)

Burroq [nama team] terhebat!!

singgah Dhuha d Masjid Tronoh

Assalamualaikum wbt
Salam pertengahan Ramadhan...

Alhamdulillah semalam dapat gak join Tresure of Iman [TOI] organized by Ramadhan Discovery Rakan Masjjid
mlm sblm toi saya seakan2 berputus asa x dpt join sbb dh puas berusaha cari kereta
esok pagi lps tadarus, terasa ngantuk..apo laie katil menunggu saje.haha..
tgh2 lena tetibe sahabat baik ku Luqman [Timb Pres RM] kejut cakap ad dapat kete
tanpa melengah tuala terus d gapai utk bersiap
masa tu pulok 8.50am, perasmian pukul 9.00am..huhu
terkenang kisah Hanzalah ketika menerima seruan JIHAD!
Allahu Rabbi..

Pengalaman yg sangat2 menarik!
saya as Driver, Hakimi as co-Pilot, Muhammad [roomate] dan Luqman as penjawab soalan n think tanker duduk d seat belakng
memang riuh rendah dalam kete 2 dr awal smapai abes maen..
Ukhwah yg indah dirasai..
Terima Kaseh wahai sahabat =)

Overall Toi kali ni lebih menarik dr tahun lepas
soalan2 nya yg mencabar betol2 menguji kita ttg nilai2 Ramadhan
games yg d susun d setiap check point juga best2 belaka
cuma yg kurang tahun ni may b sebab jarak perjalann yg x jauh mcm thn lepas
may b sbb isu H1N1
tahun ni UTP->Bukit Keledang->Bota->UTP
tahun lepas: xingat..huhu tapi sampai ke Parit gak la

apa2 pun, tahniah utk TOI dan RD
terutama kpd Afiq [head TOI] dan Yazid [PM RD]
serta dgn batilion2 TOI dan RD yg lain
antum mmg dh buat habes baik..Good Job!! =)

malam ni closing RD kat LH1 lps teraweh 8
sume2 datang k

p/s: megharap dpt hadiah malam ni..huhu

Monday, August 31, 2009

MERDEKAlah Tanah Air Ku!!


PERUTUSAN KHAS PRESIDEN PAS SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-52

Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-52 Kemerdekaan Negara, bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) suka saya mengulangi bahawa pemimpin-pemimpin ulung PAS adalah golongan yang pertama melibatkan diri dengan perjuangan kemerdekaan negara ini.

Mereka menjadi mangsa kezaliman di zaman penjajah. Ketika itu, banyak di kalangan pemimpin negara kita (Umno) bersekongkol dengan penjajah menjadi pegawai-pegawai mereka.

Namun kita tidak menyerah kalah. Kita adalah yang pertama memperjuangkan kemerdekaan (yang) merupakan mata rantai perjuangan sejak kedatangan Islam yang membawa kemerdekaan sebenar.

Kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW ialah pembebasan manusia daripada mengabdikan diri kepada makhluk kepada hanya mengabdikan diri kepada Allah SWT. Itulah makna kemerdekaan yang sebenar.

Oleh kerana itu, Nabi kita Muhamad SAW dalam perjuangannya yang pertama menentang jahiliah Arab. Bukan jahiliah bangsa lain sehingga berjihrah ke Madinah mendirikan Negara Islam.

Sebuah Negara yang berlandaskan kepada pengabdian diri kepada Allah Ta'ala yang membawa keadilan mutlak kepada seluruh manusia.

Bukan sahaja kepada penganut Islam bahkan, juga kepada penganut-penganut agama lain yang bernaung di bawah pemerintahan Islam. Selepas itu, Nabi kita Muhamad SAW datang ke Mekah untuk membebaskan Mekah daripada kuasa jahiliah.

Pembebasan Mekah bukan kerana dijajah oleh penjajah asing Rom dan Parsi. Tetapi dijajah oleh jahiliah Arab dari kalangan kaum keluarga Nabi SAW. Sehingga Mekah dibebaskan dan itulah kemerdekaan sebenar.

Dan 'obor' kemerdekaan inilah yang dibawa oleh Rubi'e bin Amer kepada Rostum iaitu panglima tentera Parsi dengan kenyataan Rub'ie yang terkenal.

Kata Rubi'e, "Kami mengajak sesiapa yang mahu kepada satu gagasan dasar dan konsep daripada mengabdikan diri kepada manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah. Daripada kezaliman ajaran pelbagai-bagai agama, teori dan pendekatan ciptaan manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah SWT. Daripada dunia yang sempit kepada wawasan dunia sehingga hari akhirat".

Itulah kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW. Kemerdekaan inilah yang didokong oleh perjuangan Islam termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Kita menentang penjajah asing bukan kerana nama asingnya. Tetapi kerana mereka membawa satu fahaman yang mengabdikan diri kepada makhluk dan bukan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita halau mereka bukan kerana nama dia asing tetapi kerana mereka membawa suatu ajaran sesat yang menyeleweng dari petunjuk Allah SWT.

Walau pun, negara kita telah dikatakan mencapai kemerdekaan sejak 52 tahun tetapi warisan penjajah masih lagi wujud. Bertapak dan berakal umbi di dalam masyarakat kita.

Oleh kerana itu, kita menganggap isu perjuangan kemerdekaan belum lagi selesai.

PAS akan terus berjuang untuk membawa kemerdekaan yang sebenarnya. Iaitu membebaskan diri manusia dari mengabdikan diri sesama manusia, sama ada berbentuk ideologi, teori dan sebagainya atau pun kepimpinan yang berlagak mengadakan peraturan sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah SWT.

Untuk mengajak mereka membebaskan diri daripada itu semua kepada Islam yang membawa kepada kemerdekaan yang sebenar dan itulah dasar serta konsep kemerdekaan yang kita bawa selama ini.

Sekian, Wassalam

Sunday, August 30, 2009

Uzlah Sebentar


Baiti Jannati

Assalamualaikum wbt
Salam Ramadhan..

Sekarang ni saya baru dlm 2jam sampai bilik dari perjalann dr Melaka ke UTP
travel dgn public transport utk destinasi jauh seakan2 sudah tarbiah dr Allah Taala
tambahan dlm bulan Ramadhan ni
memang dr kecik form1-5, bus merupakan transport utama nk berulang alaik dr Pekan ke Klang

tapi travel balik umah ni terasa betul2 meletihkan
tiba d Melaka subuh Sabtu n return back 2 UTP ahad lps Maghrib
Biar pun kejap..yg kejap itulah bermakna
doakan juga ia diberkati kerana niat yg 1 utk Ziarah Mak Abah dan kakak2 ku kat kampung

Beruzlah seketika dr kekacauan kampus
assigment, Quiz, tutorial, Lab Report, Group discussion dan test
rutin2 mahasiswa yang seakan2 hampir membosankn hidup tambahan d zaman pertengahan alam kampus

opps!! jangan cepat melatah wahai diri
dengan semangat AYUH BERUBAH! kau pasti perlu hadapi tekanan dan ujian ini
insya Allah x lama..

Pulang ke rumah memang menyeronokkan
aku pasti menjumpai jiwaku yang 'dulu' tiap kali balik ke rumah
arsenal..peterpan..band2..TV..sms x henti2..melihat masyarakat..dan buat sumthing yg d rasakan cool
memang Best!