Saturday, February 13, 2010

Kenduri Arwah


Melaka Darul Islam

Nasi Ambeng

Assalamualaikum wbt

Segala puja dan puji hanya utk Allah Taala..yg x putus2 memberikan nikmatnya kpd hamba2Nya
Selawat dan Salam buat kekaseh Rasulullah saw

Alhamdulillah..isya td dpt sy dan abah ke masjid dekat umah ni..
mungkin berkat Dhuha siang td, ad jamaah yg jemput ke rumahnya slps solat isya utk Kenduri Arwah

ada org kate2, kenduri arwah ni bidah..ah sudoh..guane plak ni? nk g ke x..?
saya ambil jalan mudah..xyah kita sibuk2 nk bidah kn org..
paling tidak, bila buat kenduri arwah adanya raung utk keluarga yg menjemput, ahli jamaah masjid dan jiran tetangga utk duduk sama2, berzikir dan mengingati Allah Taala
daripada x buat, baik buat
klo x leh buat semua, jgn tinggal semua =)

kenduri ni betol2 spesel.. ni sy ad beberapa cerita ttg kenduri arwah d beberapa tempat yg pernah saya pergi [d sekitar Malaysia yg pernah saya bermusafir mencari ilmu]

kisah 1: Kampung sy d Melaka
kenduri arwah spt biasa..ahli2 masjid bersama2 ke rumah yg menjemput
tahlil dan kemudia makan2..
menunya lauk pauk tradisi Melaka spt asam pedas, cencaluk, etc
mmg sgt bes bersama sepupu sepapat yg jarang dapat bertemu sama

kisah 2: masyarakat Pekan Pahang [masa sekolah menengah]
prosedur tahlil juga spt biasa
menu makan juga makanan2 tradisi pahang
klo untung ada dpt makan ikan patin

kisah 3: masyarakat sekitar tronoh [ketika d UTP]
saya berpeluang ke beberapa tempat..antaranya kampung bali
trimas kpd sahabat2 yg sudi ajak ke rumah Mak Cik Lela
selepas bertahlil, makan time
subhanallah..lauknya byk betol
walaupun keluarga mereka sederhana, tapi mereka betol2 meraikan tetamu dgn juadah yg sedap2
moga Allah Taala melimpahkan rezeki yg halal buat mereka sekeluarga..amin3

kisah 4: masyarakat Jawa Klang [rumah saya]
dok klang lama dah..tp mlm ni br dpt merasai mcm mn org Jawa buat kenduri arwah
bergerak dr masjid sama2, kemudian Pak Imam memulakan tahlil awal hingga akhir
lepas tahlil selesai, tuan rumah bawa talam berisi lauk pauk..saya ingt kene mkn mcm iftar kat masjid
rupa2nya itu adalah Nasi Ambeng
Nasi Ambeng = nasi putih, lauk ayam, serunding, mee goreng, tempe, sayur, udang
fuhh..dasyat2..sy ingtkn 2 la makanan utk kenduri 2..rupanya 2 adalah Kermah (tapau)
nasi ambeng ni d bungkus dlm daun pisang yg d berikan setengah helai setiap seorg
makanan utk kenduri ad d luar rumah..lontong+sambal sotong+kuah kacang+kuah masak lodeh
eksesori lain= buah2+kueh mueh
"Allahumma Solli A'la Muhammad"
itu adalah 'loceng' yg nk mengatakan masing2 dh siap makan dan sedia utk pulang

oho..post kali ni mcm bkn nk cite psl kenduri arwah je kn
tp mcm nk cite ap yg nk d makan masa kenduri..haha

kesimpulannya: berzikir 2 perlu tiap2 hari..bkn masa kenduri je kita ke berzikir atau bertahlil sama2 ramai2..cuma bila ada majlis2 atau keraian2, lebih2 lah kita perlu berzikir dan mengingati Allah Taala tanda syukur kita padanya

Hanya dgn mengingati Allah, hati akan menjadi tenang =)

2 comments:

Amin Baek said...

hal tahlil ni memg menjadi khilaf..
tp elok difkirkan tahlil salah satu method mengajak org ramai kepada kebaikan..ok la kot..

yg aku dgr2 baca2,patot tahlil ni,org luar siapkn makann tuk tuan rumah..bukn tuan rumah smata..ntahla

tp papepn,janji perut berisi..hahaha

Ahmad Humaizi Bin Din Mustafaha said...

1. Tertarik bila baca blog faidhoh.
2. Ana saran kat faidhoh supaya cari punca permasalah tahlil ini.

3. Sekadar sharing.
- Tahlil = zikir dengan ucapan kalimah tauhid iaitu laa ila ha illallah. Memang kita dituntut utk membaca zikir tahlil ini kerana ianya byk disebutkan keutamaannya oleh Nabi saw.

- kemudian timbul permasalahan, "adakah sampai pahala orang hidup kepada si mati"... ini sebenarnya yang para ulama khilaf mengenainya, kerana berdasarkan dalil2 dari quran dan sunnah antaranya mengenai, (1) Seseorang tidak akan dipertanggungjawabkan dengan dosa org lain. (2) Bila mati anak adam maka terputus segala amalannya. (3) Hadis2 mengenai amalan si anak terhadap ibu bapa yang telah meninggal dunia spt haji, sedekah, solat, puasa, dan hutang. Disebabkan adanya dalil2 ini, para ulama khilaf.

- Kemudian timbul pula satu permasalahan, adakah bid'ah amalan tahlil seperti yang ada dalam masyarakat sekarang ini di mana, (1) kaifiat bacaan2nya tidak pernah ditetapkan oleh Nabi. (2)Berzikir beramai-ramai dengan diketuai oleh seorang tekong. (3)Selepas kematian, adakah dituntut melakukan majlis tahlil ini? (4) adalah disyariatkan majlil tahlil ini 3 hari berturut2, seminggu, 40 hari dan setiap 100 hari? Jika disyariatkan seperti ini, apakah sandaran dalilnya?

maka hal itu adalah sebahagian dari kritikan para ulama tentang "majlis tahlil" tersebut.

- Menjadi kehairanan bila kita buat majlis makan2 apabila ada kematian, sedangkan kematian adalah tanda kesedihan, tetapi bila ada makan2, org jadi gembira. Bila hari perayaan, sepatutnya kita bergembira, tetapi masyarakat kita lebih suka bersedih, mereka pergi ke kubur2 di awal pagi raya, dengar lagu2 sedih, bertakbir pun dengan nada yang sedih, rancangan2 ditelevisyen pun sedih2 (anak tak balik kampung la, tak dpt makan kuih masakan mak la - dan lain2)....

- tapi kalau orang tak rasa hairan.. ana pun heran jugak kat org tu.. :)