Monday, December 12, 2011
P.E.L.I.T.A
Inspirasi di penghujung waktu menghitung hari..
Layannn
Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir
Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir
Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya
http://www.youtube.com/watch?v=z2LtEDG_9dM
Monday, October 10, 2011
MEngapa aku lama x menulis..
Tuesday, April 20, 2010
Laporan Ijtima Sanawi Rakan Masjid ke-9
Ucapan sulung Presiden RM 10/11, Akh Hafizi Zakria
Ucapan Penangguhan oleh Presiden 09/11, Akh Akram Ismail
Akh Nik Arif, dengan hujah yg konkrit membahaskan Ucapan Dasar dan Usul2
Penuh Keyakinan: Ucapan Dasar Presiden utk agenda RM Penggal Hadapan
Pengerusi Tetap menunjukkan isyarat BAGUS!
Assalamualaikum wbt
"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatkan. Mereka berdoa 'ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah engkau bebani kami sebaimana Engkau bebankan kepada orang2 sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kami apa yang kami tidak sanggup memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah perlindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir' "
Al-Baqarah: 286
Maha Suci Allah Taala yang sentiasa memilih hambanya untuk menjadi pembantu agamaNya
Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w yg menjadi pelopor melenyapkan kejahilan kpd cahaya
Alhamdulillah, Ahad yg lepas 18 April, ijtima Sanawi Rakan Masjid telah selamat berlangsung dgn penuh warna warni dan gilang gemilang. ini merupakn kali ke2 RM melakukan AGM dalam format muktamar yg sebenar. Tahniah Rakan Masjid dalam mendahului club2 laen d kampus.
Saya telah dipertanggungjawabkan sebagai pengerusi tetap. Dengan keadaan yg x brape sehat [nak demam dan sakit perut] pastinya amanah ini tersangatlah berat dalam memastikan mutu muktamar yang berlangsung mencapai objektif dan sama2 membawa muktamirin yg hadir lebih meningkat ketaqwaan kpd Allah Taala dan lebih memahami serta menghayati perjuangan agenda Dakwah ini.
Secara peribadi saya melihat muktamar kali ini lebih baik berbanding yg pertama kali diadakan pada tahun lepas.
1) perwakilan [AJK RM] yg hadir sangat2 memberangsangkan.. 150+ yg mendaftarkan diri.
ini tidak termasuk para pemerhati dr org perseorangan, club2 UTP, fasilitator Smart Group dan juga wakil2 dari Universiti sekitar Perak dan serata Malaysia.
2) Perwakilan yg rata2 masih baru [pertama kali bermuktamar], tetapi mampu membahas ucapan dasar dan usul dgn amat baek sekali..tergamamam saya melihat mereka berpidato dr bawah..sudah pasti hilang kebimbangan saya kerana RM sudah mampu melahir dan mencorakkan kader2 yg kuat pada masa akan datang
3) 4 usul yg dibawa telah diluluskan dgn pindaan
i) Mewujudkan Gabungan Pelajar Sabah dan Sarawak (GAPPS)
ii) memperkasakan Sistem tarbiah Rakan Masjid (SISTAR)
iii)mengadakan rapat umum bersama pensyarah UTP
iv) memperkasakan portal Rakan Masjid
pastinya usul2 ini terbeban kpd pimpinan akan datang utk melaksanakannya. suka atau tidak. mahu atupn tidak mahu, mereka perlu dan WAJIB melaksanakan kesemua usul ini kerana inilah keputusan Syurra bersama
4) Laungan takbir bergema di LH1 diselang selikan dgn ketukan meja dari para perwakilan dan pimpinan tanda setuju dgn hujah2 dr pembahas ucapan dasar dan usul
5) Laporan Aktiviti tahunan oleh Setiausaha 1 Akh Aizuddin Paiman dan laporan Kewangan oleh Bendahari 1, Akh Zaiyinul Ain sangat2 memuaskan. Pembetulan, komen dan persoalan yg d ajukan oleh perwakilan dapat d jawab dgn baek dan professional sekali
6) Kepimpinan yang kuat telah disediakan oleh pimpinan 09/10 utk menggantikan mereka. dengan barisan yg melibatkan muka baru dan lama, saya yakin dan optimis! Pimpinan 10/11 mampu menggerakkan agenda Dakwah Rakan Masjid ke dimensi yang lebih segar dan relevan, bertepatan dgn waqi' semasa yg kian mencabar
di sini saya menyeru kpd semua AJK2 Rakan Masjid utk bekerja keras dan memberikan Bai'ah kpd saff pimpinan baru..jgn bimbang dgn kreadibiliti meraka.jgn bimbang dgn cabaran2 yg bakal merka hadapi. BUKAN MEREKA YANG MENJAGA JAMAAH INI. TAPI ALLAH TAALA lah YANG AKAN MENJAGA JAMAAH NYA
Saya selaku Pengerusi Tetap memohon maaf jika sepanjang perjalann majlis ada khilaf yg saya lakukan yg mengurangkan keberkatan Majlis dan mengundang kemurkaan Allah Taala
Tahniah kpd Panitia Ijtima Sanawi yg bekerja keras utk memastikn majlis berjalan lancar
Tahniah dan takziah kpd saff pimpinan baru Rakan Masjid. Amanah, Tanggung dan jawab perlu dpikul dalam keadaan senag mahupun susah.. sudah2lah menyatakan ana x layak utk taklifan ini. x layak itu bukan jadi persoalannya. yg penting sejauh mana kita perlu mempersiapkan diri utk lebih kuat bekerja dan berjuang utk tuntut Redha Nya
Tahniah kpd Pimpinan 09/10 krn berjaya menamatkan 'kontrak' taklifan selama 1 tahun ini. saya yakin dan pasti jiwa2 yg ikhlas ini bukanlah berjuang kerana nama, galamor dan pangkat.
Sama2lah kita pohon pada Allah Taala agar terus menerus istiqamah dlm perjuangan ini
Sama2 juga kita doakan agar Allah Taala senantiasa memilih kita sebagai pembantu agamaNya
TAKBIR! TAKNIR! TAKBIR!
Wednesday, April 14, 2010
Friday, April 9, 2010
Kisah Lima Presiden
Dan hendaklah diantara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang maaruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. Ali-Imran:104
Syed Qutb pernah berpesan: Jika kita rasa kita adalah pemula dan pengakhir perjuangan ini maka hidup kita akan menjadi singkat. Hidup kita akan terasa lama jika kita menjadikan diri kita mata-mata rantai dalam perjuangan.
Assalamualaikum wbt
Maha Suci Allah Taala yang menjadikan manusia dengan pelbagai watak dan rupa. dan dikalangan hamba2 Nya ini, dipilih pula siapa yang akan membantu agamaNya.
Selawat salam kepada Junjungan Terhebat peradaban manusia, Rasulullah s.a.w yang menjadi idola dan insprirasi kepada semua pejuang2 agamaNya. Moga kita bertemu di Syurga kelak..Syafaatkan kami ya Rasullullah
dah lama teringin dan berhajat utk menulis ttg Kisah2 5 Presiden RM. Alhamdulillah, dlm kehangatan Ijtima' Sanawi Rakan Masjid edisi ke-9 ni, semangat utk menulis kembali berkobar2. Posting ini akan ada beberapa siri yang berikutnya.
tujuan posting ini bukanlah utk memujakn mereka, jauh sekali utk mengagung2kn mereka.
Bagi saya mereka adalah insan2 yang cukup mulia yang perlu dikenang dan dihargai jasa2 mereka. tambahan, mereka juga mampu utk dijadikan panduan dan model utk kita ikuti. Sudah pastinya ikon utama kita adalah Nabi Muhammad s.a.w. kerana tujuan Baginda diutuskan adalah menjadi pelengkap akhlaq yg sempurna.
kita tidak lagi hidup di zaman Rasulullah yg dapat kita menatap wajah baginda yg mulia, jadi insan2 seperti inilah contoh yg lebih dekat utk kita contohi dan teladani.
tanggung jawab dan beban yang mereka pernah pikul utk meneruskan agenda adakwah ini bukanlah calang2..sepak terajang itu sudah pasti. dalam kepenatan mereka sehari2, tiada sapa yg bertanya khabar, walhal mereka lah orang pertama yang menghulurkan tangan memberikan bantuan jika ahli2 dalam kepayahan.
'Dah2 la 2..masa enta dh abes..'
ayat2 sebegini pastinya menyakitkan
Silaplah mereka2 yg x menghargai manusia yg mulia ini, lebih teruk jika memperlekehkan mereka.
seharusnya pendapat dan buah pikiran mereka dipertimbang sewajarnya walaupun mereka sudah tidak berada di posisi yg sama.
Berikut adalah Presiden2 RM yg pernah sempat saya bekerja bersama
06/07: Akh Ariff Shah bin Ismail
07/08: Akh Amir Fadhli bin Razali
08/09: Akh Mohd Hakim bin Mohd Nor
09/10: Akh Muhammad Akram bin Ismail
10/11: Cooming soon..huhu [kene tggu ijtima sanawi dulu]
posting2 berikutnya adalah secebis pengalamn manis saya yang Allah Taala bagi kesempatan utk bekerja, bermain dan bergelumang dengan orang2 yang mulia ini.
moga ada iktibarnya...
semoga diberi ruangan waktu utk menulis episod2 seterusnya
Thursday, April 8, 2010
JUMAAT
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila telah diseur untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. [9] Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di bumi; carilah kurnia Allah dan ingatlah banyak-banyak agar kamu beruntung [10] Surah al-Jum’ah: 9-10
Assalamualaikum wbt
menurut Kitab Bidayatul Hidayah, karangan Imam Al-Ghazali, Hari Jumaat adalah Hari Raya. iaitu hari yang mulia yang telah dikhususkan oleh Allah Taala. Seharusnya kita mempersiapkan diri menyambut Hari Jumaat sejak petang Khamis lagi. Melimpahnya berkat dan rahmat yg Allah Taala berikan pada Hari Jumaat, tidak pada hari lain. Sebab itulah ia dijadikan Saiyidul Ayyam [penghulu sekalian hari].
Seharusnya Malaysia sebagai negara Ummat Islam, perlulah memberi cuti pada hari Jumaat sebagai langkah memberikan ruang kepada Rakyat menumpukan diri utk AKhirat pada hari ini. Inilah antara kelemahan yg terdapat pada kerajaan sekarang. Walaupun terpanpang pelbagai lagi kepincangannya [rasuah, salah guna kuasa, etc]. Pujian seharusnya diberikan kpd Kerajaan Negeri [Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional] yang memberi cuti kepada rakyatnya pada hari Jumaat.
Saya bertekad, jika dipilih menjadi Menteri Besar mahupun Perdana Menteri, antara perkara pertama yang akan saya lakukan adalah memberi cuti pada hari Jumaat.
Mengapa kita perlu berikan cuti pada hari Ahad? padahal itu adalah hari kebesaran orang2 Kristian.
insya Allah saya akan menambah lagi makluman ttg Jumaat spt perkara2 sunat yg sangat digalakkan kita lakukan pada Hari Jumaat, peristiwa2 yg berlaku dalam Hari Jumaat. Dan lain2 lagi.
Bersama kita daulatkan Islam :)