Friday, July 31, 2009

Jahannam UMNO ! Kasar ?

http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/07/jahannam-umno-kasar.html

1. Islam agama rahmah . Berkembang dan berdaulat dengan ketinggian akhlak dan nilai keperibadian tinggi para pejuangnya . Membawa kebenaran tanpa gentar , meredah ranjau tanpa gusar dan mendepani musuh tanpa risau .

2. Namun pejuang Islam sering menjadi mangsa musuh yang bukan sahaja tidak tahu masa dan waktu untuk menyerang bahkan tidak pernah mengenal mangsa untuk dibelasah .

3. Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz sebagai contoh adalah antara pejuang Islam tanahair yang sering dibelasah oleh UMNO dan BN . Bermula beliau sebagai Pesuruhjaya biasa memimpin PAS Kelantan sehinggalah beliau kini 19 tahun menjadi Pesuruhjaya merangkap Menteri Besar .

4. Reputasinya tidak sudah - sudah diperlekeh dan dipersenda oleh musuh . Kepimpinannya dipersenda dan keperibadiannya dipertikai . Kerajaannya ditekan dan dianiaya . Lebih malang keluarganya juga dizalimi . Anak kesayangannya dipenjara selama 6 tahun untuk memberi tekanan psikologi kepadanya .

5. Usahlah saya lakarkan betapa derita dan sengsaranya Tuan Guru menempuh perjalanan sebagai seorang pejuang demi memartabatkan Islam di atas tanahair ini . Ia diuji dari awal hingga ke penghujung jalan .

6. Sepanjang tempoh itu , Tuan Guru Nik Abdul Aziz mampu bertahan dan menyerap segala tekanan yang dibebankan ke atasnya . Ia mampu menyimpan segala rekod kedukaan bersama garis wajah yang semakin menampakkan usia . Namun jiwanya kental , fikirannya beraqal dan hatinya cekal . Ini membuatkan musuh seperti kehilangan aqal , bagaimana lagi mahu menjatuhkan reputasi beliau sekurang - kurangnya mempalit lumpur diwajah bersihnya.

7. Sesekali Tuan Guru berpeluang membalas serangan yang dihalakan kepadanya bertubi arus . Sesekali dibalas dan dikilas , kelihatan UMNO dan BN mengelumpur kesakitan tidak terperi lantaran bisa serangan biarpun hanya sesekali . Terkini Tuan Guru melepaskan seni "flying kick"nya yang disebut sebagai "jahannam" dan tepat mengenai sasaran .

8. UMNO dan BN jelas merasai bisa yang mula menjalar akibat flying kick tersebut . Lalu mereka mengerahkan seluruh tenaga yang masih bersisa untuk menyerang balas tanpa berkira dan berlengah . saya senyum sendiri , rupanya masih berbisa tendangan Tuan Guru biarpun tenaga dan kudrat kian dimamah usia .

9. Mulanya umum menganggap Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak wajar memberi tendangan itu . Sebagai Tok Guru mestilah bersopan . Ulama' kerajaan seperti Harussani tentu tidak pernah merasai penderitaan teruk sebagaimana yang dialami oleh Tuan Guru . Justeru itu mereka tidak boleh menerima kenyataan Tuan Guru sanggup berkata demikian . Benar ! siapa yang tidak pernah dizalimi adalah tidak dibenarkan berkata kesat dan kasar . Kerana tiada sebab untuk berbuat demikian . Berbeza mereka yang dizalimi . Firman Allah swt :

لَا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلَّا مَنْ ظُلِمَ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا


Allah swt sememangnya tidak suka perkataan yang buruk dilafazkan secara jelas kecuali mereka yang dizalimi dan adalah Allah swt Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui .


10. Tuan Guru seorang yang dizalimi . Seluruh media UMNO dan BN sejak dulu menyerang beliau , sementara beliau tidak mempunyai media secukupnya untuk menjawab . Kerajaan pusat tekan dan tindas kerajaan pimpinannya sedang beliau tidak mampu untuk menindas kerajaan pusat . UMNO penjarakan anaknya selama 6 tahun tanpa pernah dibuktikan sebarang kesalahan di mahkamah , sedang beliau tidak mampu untuk memenjarakan anak - anak pimpinan UMNO biarpun untuk 6 minit . Maka apa yang mampu Tuan Guru kata ialah Jahannam UMNO !

Wednesday, July 29, 2009

Bintang d Surga ~PeterpaN~


Masihku merasa ANGKUH
terbangkan anganku jauh
langitkan menagkapku walauku terjatuh

Dan bila semua tercipta
hanya utk ku merasakan semua yg tercipta
hampa hidup terasa..

Lelah tetapku mencari hati utk ku membagi
menemani langkahku namun x berarti

dan Bila semua tercipta
tanpa harusku merasakan cinta yang tersisa
hampa hidup terasa...

Bagai bintang d surga dan seluruh warna
dan KASIH yg setia dan cahaya nyata
Oh bintang d surga berikan cerita
dan KASIH yg setia dan cahaya nyata

Sunday, July 26, 2009

Kawen Awal..?

Jodoh di tangan Tuhan. Demikian kata-kata masyhur masyarakat Melayu disegenap lapisan masyarakatnya, tua atau muda, kaya atau miskin, yang telah berkahwin atau belum. Bagi sesetengah mahasiswa/i, Allah mentakdirkan mereka berkahwin sesama mereka ketika masih di menara gading, tempatan atau di luar negara, dalam usia yang masih muda. Saya dan isteri melangsungkan perkahwinan sebelum menyambut ulangtahun ke 20 di Australia dalam tahun 1985.

Syukur alhamdulillah, setelah 22 tahun berlalu, kerukunan rumahtangga masih utuh dan mahligai yang dibina mekar dari hari ke sehari, tahun demi tahun. Bagi mereka yang bakal atau sedang melayari kehidupan rumahtangga semasa masih menuntut, di luar negara pula beberapa petua kami nukilkan di sini, semoga bermenfaat buat semua sambil berkongsi pahala dalam membina rumahtangga:

1- Ikhlaskan niat berkahwin semata-mata kerana Allah, RasulNya, hari Akhirat dan berjuang di JalanNya. Walau berlalu masa berdekad, mengingati Niat yang tulus dari masa ke semasa ini memberi kekuatan dan ketenteraman dalam mengurus keluarga dan menentu hala tuju hidup anak-anak.

2- Sentiasa ingat bahawa cinta datangnya dari hati manusia, sedang hati pula adalah milik Allah swt. Kita tidak dapat mencintai seseorang melainkan jika ALlah kehendakki. Oleh itu sentiasa kita berdoa semoga Allah mengurniakan kita cinta kasih kepadaNya dan RasulNya, kemudian kepada isteri dan anak-anak.

3- Sentiasa meletakkan diri ingin belajar tentang kehidupan. Ini termasuk ingin mengenali labih lagi tabiat diri kita sebagai seorang suami, tabiat isteri kita sebagai seorang wanita yang sudah tentunya banyak perbezaan dengan diri kita, dunia kehidupan berumahtangga yang hampir merupakan satu organisasi yang diikat dengan kasih sayang dan hormat menghormati, bukan syarikat yang diikat oleh harta dan wang gaji dan lain-lain lagi.

4- Hendaklah pasangan berkongsi visi dan misi, apa yang hendak dicapai atau dituju dalam melayari kehidupan bersama dan bagaimana nak mencapainya. Berapa banyak organisasi dan perjuangan yang ahlinya pecah berantakan lantaran masing-masing di luarnya nampak bertaut, tetapi di dalam diri masing-masing mempunyai kefahaman, keyakinan dan halatuju yang berbeza. Dalam hal ini, theqah dan taat dari isteri terhadap suami, halatuju dan perjuangannya selaku pemimpin keluarga amat penting. Dalam masa yang sama sikap tanggungjawab suami dan kasihnya kepada isteri dan anak-anak mesti mewarnai setiap sudut dan ruang rumah, hati dan jiwa mereka yang dibawah pimpinannya. Kata Hasan Al-Banna, “Hendaklah suami memastikan isterinya menghormati Fikrahnya”. Fikrah maknanya kefahaman, halatuju dan perjuangan.

5- Menghormati mertua dan saudara mara yang berkait darah dengan mereka. Berusaha merapatkan silaturrahim melalui sumbangan wang bulanan walau sedikit atau simbolik, ziarah menziarahi, berhubung dan bertanya khabar, mengaturkan majlis yang mengumpulkan saudara mara yang dekat atau jauh dan sebagainya. Perkahwinan bukan sahaja diantara dua mempelai, bahkan diantara dua keluarga dan sanak saudara.

6- Suami dan isteri bersepakat dalam menentukan masa depan anak-anak, pakaian, persekolahan, bidang pengajian dan jodoh, sepertimana mereka berdua bersepakat dalam budget mingguan, pembelian hartanah, pembahagian keutamaan dan sebagainya.

7- Meletakkan Tarbiyah Anak-anak sebagai keutamaan yang paling teratas di dalam program keluarga dan budget kewangan. Moga Allah merahmati sepasang suami isteri yang berpada hidup sederhana rumah dan kereta demi membayar yuran anak-anak yang mahal di sekolah-sekolah Islam swasta yang mempunyai sistem dan pendidik yang berkualiti.

http://idhamlim.blogspot.com/2009/07/tips-berkahwin-awal.html

Saturday, July 25, 2009

Bapak apa macam ni???

Bapa disyaki rogol anak 60 kali


TELUK INTAN: Seorang pelajar Tingkatan Dua membuat laporan polis mendakwa dirogol bapa kandungnya lebih 60 kali sejak November tahun lalu.

Mangsa berusia 14 tahun membuat laporan di Balai Polis Hutan Melintang dekat sini, jam 11.50 pagi kelmarin, selepas dinasihatkan oleh guru sekolahnya.

Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Superintendan Chan Kuang Yu, berkata polis menahan suspek berusia 50 tahun dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan.


"Mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan, jika sabit kesalahan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.


Chan berkata, dalam laporannya, mangsa yang juga anak kedua daripada enam beradik dan tinggal bersama keluarganya di Hutan Melintang, menceritakan perbuatan bapanya yang merogol mangsa sekurang-kurangnya dua kali seminggu kepada kakaknya.

Katanya, kakak mangsa yang terkejut dengan apa yang berlaku memberitahu perkara berkenaan kepada seorang guru.

Chan berkata, mangsa mengadu kali pertama dirogol di dalam rumah manakala selebihnya perbuatan itu dilakukan di luar rumah termasuk beberapa kali di dalam kebun kelapa sawit di kampungnya, kebiasaannya pada waktu malam.

Berintima'lah semampu mungkin...




Maha Suci Allah Taala dengan sifat2 kesempurnaanNya
menyusun atur kehidupan hambanya dgn Maha Cermat dan Hikmah
dia juga yg memilih hamba2Nya utk memelihara agamaNya yg suci
moga Allah Taala sentiasa menggolongkanku d kalangan itu

Selawat dan Salam buat kekasih abadi Rasulullah saw
dgn berkaki ayamnya baginda berhijrah ke Madinah, merasalah kita Iman dan Islam
Allahu Rabbi..insan paling mulia berkaki ayam utk agama Tuhannya...

teringat saya satu tamrin yg penah d hadiri..
berintima' bermaksud bukan sekadar menggabungkan diri..
bahkan MELEBURKAN diri ke dalam nya
itu perkataan yg lebih tepat!

Benarlah Allah Taala sentiasa menapis dan yg hanya terpilih sahaja layak utk mendokong agamanya
kisahnya banyak..
Isra dan Mikraj yg baru lepas juga merupakan dalilnya
bila mana Rasulullah menceritakannya kpd org ramai, ada d kalangan pengikut Nabi sendiri ragu2 dan berpaling dr Islam
ini adalah tapisan Allah Taala sbg persiapan utk Hijrah

sesudah hijrah ditapisnya lagi utk membezakan Muslimin dan munafiqin
dalam bebrapa siri peperangan, Perang Uhud misalnya
org2 munafiq berpaling tadah berpatah balik tidak mahu berperang d ketuai Abdullah bin Ubai
Nauzubillah..minta kita d jauhkan dr menjadi org2 munafiq

dalam bahasa yg sedikit kasar, Allah Taala akan membuang mereka2 yg menjadi tahi2 dlm perjuangan suci ini..
Allahu Rabbi. Jgn jadikan kami dr golongan itu...

Thursday, July 23, 2009

Introduction 2 RAKAN MASJID



JEMPUTAN KE INTRO TO RAKAN MASJID JULAI 2009..


Assalamualaikum w.b.t adalah dimaklumkan bahawa Rakan Masjid Sesi Julai 2009/2010 akn menjalankan Majlis Pengenalan Kepada Rakan Masjid sesi 2009/2010
insyaallah anda boleh mengenali Majlis Tertinggi dan Majlis Eksekutif Rakan Masjid untuk sesi 2009/2009.
Disamping itu anda semua boleh mengetahui Program2 yang akan dilaksanakan pada sesi 2009/2010 kali ini...


TARIKH : 24 JULAI 2009 ( JUMAAT )
MASA : 9.15 MALAM
TEMPAT : D2 (Pocket D)


insyaallah...makanan disediakan dan jualan Barang2 seperti Buku dan sebagainya boleh didapati di gerai yg dibuka di tempat majlis..

syukran...........

Tuesday, July 21, 2009

Antara michael jackson & Marwa al-Sharbini...


perginya seorang syahidah
mulianya hidupmu kerana mempertahankan syariat Tuhanmu..maafkan kami tidak ambil peduli!

fwd from my emel
moga menjadi iktibar dan keprihatinan bersama

Sedih. Miris. Itulah yang saya rasakan ketika melihat tayangan
pemakaman the King of Pop, Michael Jackson yang begitu gegap gempita di
televisi-televisi kita sepanjang hari kemarin. Beberapa stasiun tv
bahkan bela-belain menayangkan tayangan eksklusif langsung dari AS
acara penghormatan terakhir bagi si Raja Musik Pop sampai pagi ! Dan
entah berapa juta mata masyarakat Indonesia yang rela menahan kantuk
demi menyaksikan acara itu.

Saya sedih, bukan karena kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia.
Tapi saya sedih, karena pada saat yang sama, berlangsung pemakaman
seorang muslimah yang Insya Allah menjadi seorang syahidah karena
mempertahankan jilbabnya. Marwa Al-Sharbini, seorang ibu satu anak yang
sedang mengandung tiga bulan, wafat akibat ditikam sebanyak 18 kali
oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan
anti-Muslim. Tapi berita ini, sama sekali tidak saya temukan di
televisi-televisi Indonesia, negara yang mayoritas penduduknya Muslim,
bahkan mungkin, tak banyak dari kita yang tahu akan peristiwa yang
menimpa Marwa.

Picture (Metafile)

Ribuan orang di Mesir yang mengantar jenazah Marwa ke tempat
peristirahatannya yang terakhir, memang tidak sebanyak orang yang
menangisi kepergian Michael Jackson. Marwa hanya seorang ibu dan bukan
superstar seperti MJ. Tapi kepergian Marwa adalah lambang jihad seorang
muslim. Marwa mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah
yang mematuhi ajaran agamanya meski untuk itu ia kehilangan nyawanya.

Marwa ditikam di ruang sidang kota Dresden, Jerman saat akan memberikan
kesaksian atas kasusnya. Ia mengadukan sorang pemuda Jerman bernama
Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya karena ia mengenakan
jilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang
Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah asal Mesir itu. Di
persidangan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam
Marwa
berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, malah
terkena tembakan kaparat keamanan pengadilan yang berdalih tak sengaja
menembak suami Marwa yang kini dalam kondisi kritis di rumah sakit
Dresden.



Picture (Metafile)

Peristiwa ini sepi dari pemberitaan di media massa Jerman dan mungkin
dari pemberitaan media massa asing dunia karena yang menjadi korban
adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam
dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeda jika yang menjadi
korban adalah satu orang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh
seorang ektrimis Islam. Beritanya dipastikan akan gempar dan mendunia.

Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita kemarin cuma dijejali dengan
pemberitaan seputar pemakaman Michael Jackson yang mengharu biru itu.
Tak ada berita pemakaman syahidah Marwa Al-Sharbini yang mendapat
sebutan “Pahlwan Jilbab”. Tak ada protes dunia Islam atas kematiannya.
Tak ada tangis kaum muslimin dunia untuknya. Tapi tak mengapa Marwa …
karena engkau akan mendapatkan tempat yang paling mulia di sisiNya.
Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku,
maafkan kami jika kurang peduli …

Monday, July 20, 2009

1001 kisah dari Isra' dan Mikraj


Masjidil Aqsa

Pelan Masjidil Haram dlm beberapa tahun mendatang

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkahi di sekelilingnya agar Kami perlihatkannya kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Seseungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat..Al-Isra':1

Selawat dan salam buat Insan Teristimewa Nabi Muhammad saw yg dipilih Allah Taala utk berjumpa direct dengan Nya..melampaui kehebatan Jibril a.s yg akan terbakar jika bersama2 dengan Rasulullah menghadap Allah Taala

Isra' ialah perjalanan yang menakjubkan di waktu malam bermula dr Masjidil Haram d Mekah ke Masjid Al-Aqsa d Baitul Maqdis.
Mikrak pula ialah perjalanan selepas melalui tujuh langit sehingga tempat yg tidak d ketahui oleh makhluk dan hakikatnya
sumber: fiqh Harakah 1

terlalu banyak ibrah atau pengajaran yg booleh kita ambil dr kisah mukjisat Nabi ini
dr bermacam2 golongan yg Allah Taala tontonkan 'live' kpd Nabi utk kita ambil pengajaran.
Kisah Bura' kenderaan tunggangan utk majlis gilang gemilang ini
dan lapaisan2 langit yg Rasulullah bertemu dengan Nabi2 yg terdahulu
hinggalah mendapat perintah menunaikan solat
rasanya kita bole baca yg lebih detail dalam kitab2 sirah dan juga kuliah isra mikraj yg byk dlm bulan ini

Antara sebab Allah Taala menejemput kekasihnya berjumpa denganNya adalah utk menggembirakan Rasulullah selepas pemergian 2 org yg sgt penting dlm hidupnya:
1) bapa saudara Nabi: Abu Thalib bin Abdul Muthalib
2) isteri pertama Nabi: Saidatina Khadijah bt Khuwailid (3 hari slps pemergian Abu Thalib)
tahun itu juga disebut Tahun Dukacita

Bagi memurnikan kejayaan dakwah dan tujuannya, pertolongan Allah Taala lebih penting dr segalanya. Walaupun sumbangan besar telah d berikan oleh 2 tokoh ini, namun tiada siapa yg boleh membuat alasan bahawa perjuangan ini berjaya adalah kerana adanya Si Polan auat Si Polan..tapi tidak bermakna pula kita harus melupakan sumbangan mereka

Siarah Nabi ini mengajar kita pula di zaman ini..
Kejayaan PAS nanti insya Allah, bukan kerana adanya Tuan Guru Nik Aziz Atau pun Tuan Guru Presiden Hj Hadi
tapi kerana Allah Taala sendiri sudah berjanji akan menangnya Islam

Begitu juga dengan Rakan Masjid..alhamdulillah penggal lepas kita telah membuka 1 dimensi baru untuk Rakan Masjid. Pimpinan lepas meninggalkan ia pada 1 'penanda aras' yg tinggi dan cukup baik. Kejayaannya hanyalah kerana pertolongan Allah Taala bukan kerana figure2 tertentu yg ada dalam organisasinya. Baik dr Presiden hinggalah ke pd ahli2 berdaftarnya.

Namun pun begitu, bukanlah beradab jika kita mengabaikan sumbangan, khidmat dan bakti mereka2 yg ikhlas dlm gerak kerja mulia ini. Selagi mereka ada seharusnya kita meraikan mereka dengan meletakkan mereka pada 1 tempat yg mulia.

Tidak kira pencapaian meraka pada satu2 penggal pimpinan telah memberi impak yg besar atau tidak, baik atupun tidak baik..mereka seharusnya dihormati
Husnuzzon dengan mereka yg mereka telah seikhlas mungkin menjadi mata2 rantai yg kuat untuk disambung oleh penggal pimpinan yg seterusnya

Moga Islam terus teguh d kampus

cuti berakhir..Semester BARU membuka tirai


pintu gerbang SHAH PEKAN terchenta..

ulu sepat terBAEK

pimpinan baru..kombinasi terbaik!

rumah baru d Melaka (kami darah Hang Jebat)

Maha Suci Allah Taala dgn sifat2 kesempurnaanNya
memperjalankan takdir manusia dengan penuh hikmah dan sebab musababnya

Selawat dan Salam kpd Junjungan Besar , Nabi Muhammad saw
kekuatan yg dpt d rasai oleh umatnya d mana2

Alhamdulillah..kembali menulis selepas 1 sem menyepi
kekangan masa yg mat terasa..kerja yg xpernah sudah..mohon pada Allah Taala supaya ia jd hujah d akhirat nanti

Cuti Semester Jan09..
dua perkataan mudah..seronok, BEST!

1) Rumah baru d Taman Rambia Utama, MELAKA
rezeki Allah taala beri pada keluarga saya utk bli rumah dekat2 dgn kampung d melaka
bunglo d taman perumahan
rumah nya besar selesa
tanahnya luas
saya jadi org kuat membersihkan rumah 2..mesin rumput, racun rumput, angkat barang, bli perabot baru
BEST2!

2) Muktamar PAS ke55
muktamar kali ni menarik sebab adanya pertandingan jawatan
alhamdulillah..pimpinan baru yg mantap telah terpilih
dpt juga sy hadir ke muktamar ni walaupun pd hari terakhir
2 perkataan utk muktamar
hebat, DASYAT!

3) OBS
ni paling cool..
mengajar saya byk benda
kerjasama, setia kawan, liberal, rukhsah dlm ibadah, kewajipan dakwah dlm keadaan 'real case'
2 perkataan utk obs: best, cool

4) kembali ke SHAH PEKAN
perjalanan yg x d rancang..sabtu gerak ahad balik semula ke klang
mmg penat tapi memamg berbaloi
pejumpaan 2 jam lps subuh bersama adik2 BADAR mmg betol2 menaik kn semangat sya utk terus berbakti utk sekolah
maga BADAR terus hidup d SHAH utk menghidupkan 'IKLIM DEENI' d sana

4) RESULT exam
kegirangan dlm cuti ni terbantut sket sbb result yg teruk setakat ni
tp jgn mudah putus asa..
setelah kamua siap mengerjakan sesuatu, maka teruskan dengan pkerjaan yg lain: kira2 maksud ayat ke7 surah al-insyirah

Moga Semester baru ni membuka lembaran baru dlm akademik saya terutamanya
dan tidak sesekali membuatkan saya melemahkan saya dlm gerak kerja dakwah
moga Allah Taala membantu